Header Ads

Yusof Haslam bimbang Syamsul menyesal, bertahun tak balik jengah ibu bapa

Pengarah dan penerbit terkenal, Datuk Yusof Haslam berharap agar anak lelakinya, Syamsul Yusof tidak menyesal dikemudian hari andai kata tidak dapat bertemu mereka lagi memandangkan sudah lama tidak pulang menjenguk orang tua.

Mungkin Syamsul lebih tenang jika dapat berbaik

Memetik laporan dari Melodi, Yusof mengatakan bahawa Syamsul mungkin akan lebih tenang dan gembira jika dapat berbaik seperti dahulu serta memilih untuk mengakhiri sengketa antara keluarga.

Yusof Haslam & isteri doakan terbaik buat Syamsul

Ujarnya lagi, dia dan isteri Datin Patimah Ismail sentiasa mendoakan pengarah tersohor itu dan tidak menyimpan dendam terhadapnya diatas apa yang telah berlaku sebelum ini.

“Kami sudah nak menjangkau usia 70 tahun pada tahun depan… Ramai rakan seperjuangan saya sudah pergi. Kepada anak saya, jangan tunggu sampai bapa kau sudah tak ada, baru nak cari!
Jangan anggap apa yang ibu bapa luah itu untuk merendahkan kamu. Kami sentiasa mendoakan yang terbaik.
“Papa rasa jiwa kamu akan lagi tenang kalau kamu berbaik dengan ibu (terutamanya) dan keluarga. Wang bukan segalagalanya. Dalam solat kami sentiasa mendoakan yang terbaik,” katanya.

Yusof Haslam reda dengan sikap anak

Yusof dalam temubual itu juga mengatakan yang dia serta isteri sudah reda dengan sikap Syamsul atau nama sebenarnya Mohd Syamsul Mohd Yusof yang sudah tidak mahu berjumpa dengan mereka lagi.Walau bagaimanapun, sebagai seorang bapa, Yusof aku sangat merindui anaknya memandangkan dia sudah lama tidak pulang ke rumah keluarga.

“Mestilah rindu, kita sayang anak kita, kan? Tiada istilah benci anak sendiri tapi saya sudah letih dengan semua ini. Jiwa saya dan isteri sudah tenang dan terima semua yang berlaku ini.
Saya doakan agar filem-filem Syamsul mendapat sambutan baik. Papa tetap akan menyokong kamu,” katanya.

Kali terakhir berhubung setahun lepas

Tambahnya lagi, kali terakhir mereka berhubung dengan Syamsul adalah sekitar setahun lalu apabila Datin Patimah memaklumkan yang neneknya jatuh sakit menerusi panggilan telefon.

“Saya pun tak ingat bila, seingat saya tahun lepas masa mak mentua saya sakit. Ibunya ada hubungi dia, masa itu saya ada berbual sekejap.
Tapi sebelum itu, dah bertahun dia tak balik. Tak apa saya tak marah, tak anggap bukan-bukan,” katanya.

Artikel lain: Yusof Haslam tak kecil hati-“Syamsul pun pernah tiga tahun tak balik raya”

Namun begitu, Yusof beranggapan mungkin tindakan anaknya itu disebabkan ada perkara yang tidak disenangi dan memberikan ruang untuknya selain terpulang bagi pihak dirinya sama ada mahu balik bertemu kedua orang tua ataupun tidak.

“Kalau dia tak nak balik pun, terserah. Tepuk dada tanya selera,” katanya.

Untuk rekod, konflik rumah tangga Syamsul dan bekas isteri, Puteri Sarah Liyana sememangnya menjadi perbualan ramai lebih-lebih lagi setelah pengarah filem Mat Kilau berkenaan mengumumkan sudah mendirikan rumah tangga dengan anak kepada artis veteran, Kazar Saisi iaitu Ira Kazar.

Datuk Yusof Haslam dan isteri, Datin Patimah juga dilihat lebih memilih tidak ikut campur dalam masalah tersebut namun tetap mendampingi Puteri Sarah serta hubungan mereka kekal baik sehingga ke hari ini.

Sumber: Instagram Melodi, YouTube Melodi

The post Yusof Haslam bimbang Syamsul menyesal, bertahun tak balik jengah ibu bapa appeared first on Oh My Media.

from Oh My Media https://ift.tt/Cd1Zski
sumber : ohmymedia.cc

No comments