Header Ads

Bulan Menabung SSPN dimeriahkan lagi dengan Sambutan Hari Tabungan Sedunia

Bulan Menabung Simpan SSPN (BMS) 2023 merupakan program signature Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang dilaksanakan bermula tahun 2018.

Ini adalah salah satu usaha untuk menyebarluas manfaat Simpan SSPN kepada masyarakat Malaysia bersempena dengan Hari Tabungan Sedunia yang disambut pada 31 Oktober setiap tahun.

Majlis Penutup BMS 2023 disempurnakan sendiri Pengerusi PTPTN

Susulan daripada itu, PTPTN telah mengadakan Majlis Penutup BMS 2023 dan Sambutan Hari Tabungan Sedunia pada 29 Oktober 2023, bertempat di Sunway Velocity Mall, Kuala Lumpur yang disempurnakan oleh YBhg. Datuk Norliza Abdul Rahim, Pengerusi PTPTN.

Turut hadir YBrs. Encik Ahmad Dasuki Abdul Majid, Ketua Eksekutif PTPTN dan Lembaga Pengurusan PTPTN.

sspn

Datuk Norliza Abdul Rahim, Pengerusi PTPTN (dua dari kanan), diiringi Encik Ahmad Dasuki Abdul Majid, Ketua Eksekutif PTPTN (dua dari kiri), Dato’ Mohd Dusuki bin Mokhtar, Ahli Lembaga Pengurusan PTPTN (kanan) dan Dato’ Norasni binti Ayub, Ahli Lembaga Pengurusan PTPTN (kiri) merasmikan Majlis Pelancaran Penutup Bulan Menabung Simpan SSPN (BMS) 2023 dan Sambutan Hari Tabungan Sedunia.

Bertemakan Robatik: Ke arah Transformasi Dunia Pendigitalan

Dengan bertemakan “Robotik : Ke arah Transformasi Dunia Pendigitalan”, BMS 2023 telah dilaksanakan secara on-ground event dan buat julung kalinya dilaksanakan menerusi konsep jelajah (road tour) merentasi 14 negeri di lokasi terpilih seluruh Malaysia sepanjang bulan Oktober 2023.

Penganjuran BMS 2023 amat meriah dan telah menerima sambutan yang amat mengalakkan dan pelbagai reaksi positif daripada orang ramai yang hadir ke lokasi BMS 2023 sepanjang program ini berlangsung.

Tema “Robotik” yang dipilih amat signifikan kerana sains dan teknologi robot berkait rapat dengan kemajuan dan memerlukan pengetahuan tentang teknologi terkini.

sspn

Datuk Norliza Abdul Rahim menyampaikan sijil penghargaan kepada salah satu rakan strategik BMS 2023.

Galakkan penggunaan aplikasi myPTPTN

Ini selari dengan agenda pendigitalan PTPTN yang memberi fokus kepada usaha menggalakkan penggunaan aplikasi myPTPTN kepada para peminjam dan pendeposit Simpan SSPN untuk urusan yang lebih mudah, cepat dan selamat.

“Ke arah menjadi peneraju tabung pendidikan tinggi negara, misi utama PTPTN ialah memperkasakan amalan penabungan bagi mengurangkan kebergantungan masyarakat kepada pinjaman. Usaha ini bagi memastikan anak-anak tidak dibebani hutang apabila tamat pengajian.
“Alhamdulillah, dalam tempoh 19 tahun, Simpan SSPN terus kekal sebagai produk yang berdaya saing dan menjadi tabung pendidikan utama pilihan ibu bapa. Sehingga 30 September 2023, jumlah deposit Simpan SSPN yang diterima adalah sebanyak RM15.94 bilion dengan bilangan akaun berjumlah 6.11 juta akaun.” ujar Pengerusi PTPTN, Datuk Norliza Abdul Rahim.

sspn

Pemenang Tempat Pertama, Kedua dan Ketiga Pertandingan Simpan SSPN Got Talent membawa pulang hadiah wang tunai dalam bentuk akaun Simpan SSPN Prime.

“Simpan SSPN menawarkan pelbagai keistimewaan dan manfaat kepada masyarakat Malaysia seperti seperti pelepasan taksiran cukai pendapatan sehingga RM8,000 setahun, perlindungan takaful ke atas pendeposit, Geran Sepadan sehingga RM10,000 untuk satu keluarga yang layak, dividen yang kompetitif, simpanan dijamin kerajaan dan patuh syariah,” tambahnya lagi.

Oleh hal tersebut, PTPTN akan terus komited untuk meningkatkan kesedaran masyarakat agar terus menabung di dalam Simpan SSPN bagi mengelakkan kebergantungan kepada pinjaman. PTPTN yakin usaha ini akan disokong oleh semua pihak bagi merealisasikan visi PTPTN sebagai ‘Peneraju Tabung Pendidikan Tinggi Negara.

The post Bulan Menabung SSPN dimeriahkan lagi dengan Sambutan Hari Tabungan Sedunia appeared first on Oh My Media.

from Oh My Media https://ift.tt/Jo1kWl5
sumber : ohmymedia.cc

No comments