Header Ads

Adira Suhaimi nafi pakai baju nampak puting, jelaskan ia hanya garisan jahitan ‘dart’

Penyanyi Adira Suhaimi tampil menafikan dirinya mengenakan busana berona kelabu sehingga menampakkan puting payudara ketika melakukan persembahan di minggu kelima Famili Duo 2023 (FD3), semalam.

Adira nafi pakai baju nampak puting payudara

Pemilik nama Siti Adira Suhaimi berkata, apa yang dilihat oleh netizen merupakan garisan jahitan yang dikenali ‘dart’ pada busana yang diperbuat daripada PVC.

Dalam pada itu, Adira juga sempat berseloroh dengan meminta netizen untuk melihat bahagian lain selain dadanya.

Dia bagaimanapun tidak dapat menghalang kerana perkara tersebut telah berlaku kecuali hanya mampu memberikan penjelasan.

“Tengoklah benda lain, yang tengok benda tu kenapa? Takkanlah kita biarkan ‘benda’ tu terkeluar macam itu. Ini fabrik PVC! 
“Benda pun dah post, nak buat macam mana? Dia yang tengok, dia pula yang susah hati, kan? Saya mengaku kekurangan itu, mungkin ada tapi saya suka baju ini, cantik!”ujarnya.
@ohbulanofficial

Mami dengan Ajai minta Adira dan Emma perah otak lagi cari idea dan kreativiti. Huhu #ohbulan #sembangentertainment #familiduo #adira #emma

♬ original sound – OHBULAN! – OHBULAN!

Dalam pada itu, dia juga memaklumkan bahawa sama sekali tidak sedar akan bonjolan tersebut.

Adira Suhaimi terima kritikan netizen

Bagaimanapun, Adira tetap menerima kritikan yang diberikan netizen dengan hati terbuka dan mengakui sedar mengenai perkara tersebut menerusi komen-komen ditinggalkan warganet di media sosial.

“Kalau mereka tidak cakap, saya pun tidak tahu sebab kita rasa elok dan tiada sebarang masalah. Tapi bila ada orang perasan, kita terlepas pandang.
“Tidak mengapa, saya sayang netizen Malaysia! Insya-Allah, minggu depan tak akan ada lagi isu seperti ini. 
“Minggu depan saya akan tampil dengan fesyen lebih ‘vass’. Saya akan buat mereka (netizen) menangis pula,”selorohnya.

Adira Suhaimi

Artikel lain: Adira Suhaimi naik angin! Individu tak dikenali tawar diri jadi skandal

Sementara itu, Adira dan kakaknya, Emma memperoleh jumlah markah sebanyak ‘14’ dari kedua juri selepas membawakan lagu nyanyian asal Zaiton Sameon dan Allahyarhamah Siti Sarah yang berjudul ‘Menaruh Harapan’ dan ‘Jangan Kau Mimpi’.

Semalam, rata-rata warganet mengkritik busana yang dipakai oleh Adira dengan mengatakan ia melambangkan seperti ‘sister’ selain mengatakan penyanyi berusia 32 tahun tidak tahu malu kerana menampakkan puting payudaranya.

Selain Adira dan Emma, FD3 turut membariskan Haqiem Rusli dan Ariff Bahran (Duo Sepupu); Tom dan Fuad Rahman (Duo Suami Isteri); Ryan Bakery dan Adam (Duo Adik Beradik) serta Amzah dan Syahir (Duo Adik Beradik).

Sumber: TikTok @ohbulanofficial , mStar Online (Maszuhaira Sarimin)

The post Adira Suhaimi nafi pakai baju nampak puting, jelaskan ia hanya garisan jahitan ‘dart’ appeared first on Oh My Media.

from Oh My Media https://ift.tt/5uQKDM6
sumber : ohmymedia.cc

No comments