Header Ads

“Susah juga buat persediaan kahwin..”- Farisha Iris bakal tamat zaman bujang hujung tahun depan

Penyanyi Farisha Iris, 24,  mengaku dia kini sudah membuat persiapan majlis perkahwinan yang dirancangkan bakal berlangsung pada hujung tahun depan.

Memetik laporan Harian Metro, Farisha Iris masih lagi merahsiakan identiti bakal suaminya meskipun membuat persiapan majlis untuk hari ‘istimewa’ yang bakal tiba.

Pemilik nama Farisha Asmadi berkata, segala persiapan tersebut masih di peringkat perancangan dan enggan berkongsi lebih lanjut mengenai apa yang sudah dilakukan sehingga kini.

“Majlis perkahwinan saya, lambat lagi dan akan diuar-uarkan apabila sampai masanya. Tapi, memang betul pun saya ada perancangan nak berkahwin dan siapa yang tak mahu berkahwin kan? 
“Tapi yang penting bukan tahun ini. Insya-Allah, pada hujung tahun depan dan apa yang saya muat naik di Instagram itu sekadar baru nak tengok-tengok dewan. Ingatkan senang, tapi susah juga nak buat persediaan kahwin,” katanya. 

Farisha juga enggan mengulas mengenai identti lelaki bertuah yang berjaya mencuri hatinya, namun sekadar memberitahu calon suaminya bukan orang dalam industri seni hiburan.

Tambahnya, mereka berdua baru saling mengenali pada Mac lalu serta masih belum bertunang atau dirisik lagi.

Mengulas identiti calon suami, Farisha berkata, lelaki bertuah yang bertakhta di hatinya itu bukan orang dalam industri dan mereka baru saling mengenali pada Mac lalu serta belum bertunang ataupun dirisik lagi.

“Saya cuma rasa seronok apabila dah mula buat persediaan ke arah itu (perkahwinan), namun buat masa ini perlu fokus pada pengajian saya di universiti dulu.  
“Nak kata dah bersedia sepenuhnya untuk berkahwin, belum lagi. Sebab, sekarang ini saya kena habiskan pengajian di peringkat sarjana sehingga Januari, tahun depan,” katanya lagi.

Farisha Iris

Artikel lain: Sambung belajar sampai ‘Master’ di usia 23 tahun, Farisha Iris digelar andartu

Sebelum ini, Farisha yang juga bekas peserta Big Stage musim ketiga pernah digosipkan bercinta dengan pelakon Niezam Zaidi. Dia bagaimanapun tampil menafikan dakwaan warganet terhadap isu berkenaan.

Malah, dia juga pernah menjadi ‘serangan’ seseorang dengan mempersoalkan keputusannya untuk sambung belajar di peringkat Sarjana sehingga digelar andartu.

Sumber: Norhayati Nordin (Norhayati Nordin)

The post “Susah juga buat persediaan kahwin..”- Farisha Iris bakal tamat zaman bujang hujung tahun depan appeared first on Oh My Media.

from Oh My Media https://ift.tt/Ezx2qov
sumber : ohmymedia.cc

No comments