Isteri Allahyarham Tia Jinbara terkilan, tak sempat derma hati untuk suami
Isteri kepada bekas vokalis Kumpulan Jinbara Tia, Suzan Ahmad terkilan tidak sempat mendermakan hati buat suami kerana penyanyi lagu Farhana yang menghidap kanser hati ‘pergi’ bertemu Ilahi, semalam.
Suzan yang juga bekas wartawan Berita Harian bagaimanapun reda dengan pemergiaan arwah, biarpun dia berharap agar suami sembuh daripada penyakit kanser hati tahap empat.
“Saya tak sangka arwah pergi secepat ini. Namun, saya reda, mungkin inilah jalan terbaik buatnya daripada menanggung kesakitan.
“Takdir Allah tiada siapa dapat menduga. Pada siangnya, keadaan kesihatan arwah masih stabil, namun doktor mendapati arwah mengalami pendarahan dalaman.
“Ketika doktor sedang memberikan rawatan, ketika itulah arwah menghembuskan nafas terakhir. Saya memang berada di sisi arwah,” katanya.
Buang malu demi cara dana rawat kanser hati
Sebelum ini, Suzan menubuhkan tabung bantuan Tia Jinbara bagi mencari dana berjumlah RM250,000 bagi membolehkan menjalani pemindahan hati dilakukan di Hospital Medanta, New Delhi, India.
“Saya buang malu demi suami. Saya memang memerlukan bantuan segera bagi menjalani pembedahan pemindahan hati secepat mungkin.
“Sebelum buat keputusan ini, saya terlebih dahulu berbincang dengan doktor penyelaras iaitu Dr Mohd Zaqrul Razmal. Dr Mohd Zaqrul beritahu hospital di Malaysia tiada kemudahan untuk pembedahan pemindahan hati dan dan mencadangkannya dilakukan di India.
“Hospital yang dicadangkan ini pakar dalam melakukan pembedahan pemindahan hati dan ada banyak sejarah kejayaan. Jadi, Dr Mohd Zaqrul cadangkan agar kutipan dana dilakukan segera,” katanya lagi.
Semalam, media melaporkan Tia atau nama sebenarnya, Shamsul Bakhtiar Zakaria meninggal dunia di sisi Suzan ketika sedang menerima rawatan doktor di Hospital Shah Alam pada jam 9.17 malam.
Derita kanser hati, isteri sanggup derma demi kasih
Suzan berkata, meskipun dia berdepan dengan risiko tinggi, namun sanggup mendermakan hati buat suami demi kasih, sayang dan cinta tidak berbelah bahagi asalkan suaminya dapat terus bernyawa.
Jelasnya, dirinya layak mendermakan hati kerana memiliki darah sama iaitu A+ dan keadaan kesihatannya juga baik.
“Jika itu (derma hati) dapat bantu selamatkan nyawa Tia, saya sanggup lakukan apa sahaja demi pastikan suami kembali sihat.
“Saya tidak boleh duduk diam tanpa berbuat apa-apa. Saya tak nak hanya melihat suami ‘pergi’ tanpa berusaha.
“Jika ditakdirkan nyawa saya tidak panjang selepas pembedahan pemindahan hati, saya reda dan bersedia kerana anak-anak pun sudah besar,”luahnya.
Artikel lain: Derita kanser hati, pelakon veteran Abu Bakar Juah meninggal dunia
Dalam pada itu, dia juga berkata arwah Tia memang bersemangat untuk sihat kerana mahu melihat anak-anak menerima skrol.
Katanya, biarpun arwah hanyalah bapa tiri namun tetap menjalankan melayan mereka seperti darah daging sendiri.
“Anak-anak membesar dengannya sejak kecil sehinggalah dewasa. Arwah juga mengajar anak-anak mengaji.
“Arwah selalu cakap kepada anak-anak yang dia ajar mengaji supaya mereka dapat mengaji untuknya suatu hari nanti.
“Beliau sangat titik beratkan solat dan pendidikan, selain memang mendahulukan keluarga dalam segala hal,” katanya.
Terdahulu, arwah disahkan menghidap kanser hati selepas menjalani pemeriksaan termasuk ujian imbasan sinar-X setelah dimasukkan ke Hospital Shah Alam, Rabu lalu akibat mengadu sakit perut
Difaahamkan, Tia akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Kota Raja pagi ini.
Sumber: Harian Metro (Serimah Mohd Sallehuddin)
The post Isteri Allahyarham Tia Jinbara terkilan, tak sempat derma hati untuk suami appeared first on Oh My Media.
from Oh My Media https://ift.tt/Rrmc30q
sumber : ohmymedia.cc

Post a Comment