Lelaki blazer merah mohon maaf, tiada masalah dengan orang Sabah
Seorang individu yang dikenali sebagai lelaki blazer merah tampil mohon maaf susulan menyerang penghantar makanan atau rider yang berasal dari Sabah dalam insiden di Persiaran Tun Razak, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Menerusi satu perkongsian video di TikTok @ranggi017, lelaki itu memohon maaf kepada orang Sabah dan mana-mana pihak yang terguris hati atas kata-katanya dalam kejadian tersebut.
@ranggi017
Pengawal keselamatan itu berkata, dia tidak pernah merancang perkara itu untuk terjadi dan berharap perkara tersebut tidak berlarutan.
“Saya ingin memohon maaf terhadap orang-orang Sabah ataupun sesiapa yang terasa atas percakapan saya dalam video viral sebelum ini.
“Saya tidak ingin perkara ini terjadi dan saya juga tidak ingin perkara ini berlarutan. Saya betul-betul minta maaf dari hujung hati ke hujung tangan.
Lelaki blazer merah mohon maaf
“Sekali lagi saya minta maaf, supaya benda ini tidak berlaku lagi dan tidak berpanjangan,” katanya.
Tambahnya, dia tidak mempunyai masalah dengan mana-mana pihak termasuklah orang Sabah disamping menyatakan rasa hormatnya kepada negeri berkenaan.
Artikel lain: Pelanggan ‘reject’ minta ganti rugi, ‘rider’ terduduk di lantai rumah habiskan kek
“Saya tiada masalah dengan orang-orang lain, juga tiada masalah dengan orang Sabah. Saya sayang semua orang.
“Saya hormat Sabah, memang tiada masalah dan saya minta maaf sekali lagi,” ujarnya.
Pada masa yang sama, lelaki itu juga mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang sudah membantunya menyelesaikan kes tersebut.
“Terima kasih kepada semua orang yang ingin membantu untuk menyelesaikan kes ini,” katanya.
Menjengah ke ruangan komen, masih dapat segelintir netizen merasakan bahang kemarahan dari kejadian sebelum ini dan mahu kes tersebut diselesaikan di mahkamah, bukannya dengan hanya permohonan maaf.
Tetap kena ikut undang-undang
Urusan undang-undang tu perlu diteruskan
Namun begitu, ada juga netizen menyatakan bahawa mereka menerima permohonan maaf tersebut dan berharap dia tidak mengulanginya lagi.
Yang penting lelaki blazer merah mohon maaf
Anggap sebagai pengajaran
Anggap sudah selesai lah…
Terdahulu, pengawal keselamatan tersebut bertindak menyerang rider tersebut dipercayai atas alasan mempunyai loghat yang kedengaran berbeza dari bahasa Melayu.
Pengawal keselamatan itu bukan sahaja dikecam atas tindakannya menyerang rider tersebut, namun juga atas kenyataannya yang berkata mangsa bukan orang Malaysia kerana loghat berbeza.
Walaupun pernah mengeluarkan kenyataan kejadian itu sudah diselesaikan dan kedua-dua pihak sudah berdamai, keluarga rider itu mengeluarkan pula kenyataan kes tersebut masih dalam siasatan.
Sumber: TikTok @ranggi017
The post Lelaki blazer merah mohon maaf, tiada masalah dengan orang Sabah appeared first on Oh My Media.
from Oh My Media https://ift.tt/08Si5Xr
sumber : ohmymedia.cc

Post a Comment