Header Ads

Kejar ranking universiti tidak lagi relevan, kenyataan menteri dipersetujui

Jangan terlalu taksub mengejar sistem ranking atau penarafan kedudukan universiti kerana setiap institusi itu diwujudkan atas matlamat yang berbeza-beza.

Begitu kata Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin pada majlis perasmian Sambutan 40 Tahun Hospital Universiti Sains (USM) di Kubang Kerian, Kota Bharu pada Ahad lalu.

Kejar ranking universiti tidak lagi relevan

Foto: FB Mohamed Khaled

Beliau berkata, penulisan tentang ranking telah banyak dihasilkan oleh badan-badan antarabangsa termasuk United Nation yang menyatakan kebimbangan terhadap perkara tersebut.

“Tidak perlu taksub sebab ranking itu tidak boleh diterima secara bulat-bulat. Ukuran-ukuran yang digunakan mungkin sesuai untuk negara-negara maju dan bukan di banyak negara lain.
“Jadi ranking hanya untuk melihat kedudukan tetapi bukan asas sesebuah universiti itu cemerlang, baik ataupun tidak,” katanya.

Tambah Mohamed Khaled, semua sektor pendidikan tinggi di negara ini mesti bergerak sebagai satu ketumbukan yang kuat dan saling menyokong.

Artikel berkaitan: KPT cakna, naik taraf & bina lebih banyak kolej kediaman kepada mahasiswa

Foto: Google

Ini kerana kesibukan mengejar ranking akan mengekang perkongsian segala ilmu, sumber, kepakaran dan penemuan baharu secara strategik serta berkesan.

“Bersaing secara sihat dan produktif harus menjadi budaya melalui gabungan kekuatan menjadi bersepadu dalam sektor pendidikan tinggi.
“Misalnya, dalam konteks bidang perubatan, kita tidak mahu lagi membeza-bezakan antara satu hospital universiti dengan hospital universiti yang lain sebaliknya, semua pusat perubatan dan hospital ialah aset bersama sektor pendidikan tinggi negara,” ujarnya.

Sementara itu, Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof. Emeritus Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak sebelum itu turut menyatakan bahawa universiti tidak boleh terlalu taksub kejar ranking QS World University Rankings atau penarafan universiti antarabangsa kerana tidak relevan.

Foto: NSTP

Dzulkifli berkata, wujud percanggahan antara ranking yang dikeluarkan QS World University Rankings dengan Institut Antarabangsa Berkaitan Global Universiti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNU) dari segi soal ketelusan, kaedah penarafan dan kualiti data.

Jelasnya, terdapat konflik kepentingan terhadap aktiviti penarafan yang dilakukan pihak bukan ilmiah berkenaan dengan UNU.

“Ranking tidak pernah relevan kerana setiap universiti berbeza dan mempunyai silibus sendiri. Ranking bukan satu acuan untuk semua seperti yang dibawa oleh QS yang bersifat ‘ala agenda dunia Barat’ yang menakluki ilmu. Ia satu bentuk penjajahan minda.
“Ia bermula dengan sebuah universiti tempatan. Namun, tokoh akademik, Prof. Diraja Ungku Abdul Aziz pernah tidak setuju dengan amalan ini, jadi kita terjerat sehingga kini,” katanya menerusi laporan Utusan.

Lebih membimbangkan, penarafan tersebut dilakukan oleh badan swasta bersifat komersial dan bukannya ilmiah dan bebas sekali gus menyatakan pendidikan adalah barang dagangan yang mudah dijual beli.

Bagi pendakwah bebas Prof. Dr. Mohd. Ridhuan Tee Abdullah pula, beliau juga menyatakan pendapat sama terhadap budaya mengejar ranking bagi IPT.

Menerusi satu perkongsian di laman Facebook, beliau berkata mengejar ranking bertentangan dengan tradisi ilmu dalam Islam yang mementingkan soal pembinaan insan dan sahsiah.

“Tahniah YB Menteri kerana begitu berpandangan jauh. Kita tidak mahu universiti yang ada, menjadi tempat berlumba antara satu sama lain, menyindir satu sama lain.
“Apa ertinya menduduki ranking yang tinggi jika akhlak pelajar ke laut? Apa ertinya ranking jika kita gagal lahirkan ilmuan ulung seperti Haron Din, Ungku Aziz dan lain-lain.
“Sebab itulah, apabila The QS World University Rankings dikeluarkan, sebahagian pemimpin IPT di negara kita mula gusar nak menjawab institusi yang dipimpin berada di tahap mana.
“Bagi yang cepat melatah, mulalah meroyan, mengarah sana sini, minta senaraikan penerbitan dan penyelidikan,” tulisnya pada Isnin lalu.

Foto: Kosmo!

Mohd. Ridhuan berkata, sepatutnya semua universiti perlu berlumba-lumba mencari pengganti ilmuan dan cendekiawan hebat namun sebaliknya terjebak dalam permainan ranking.

“Setiap tahun, The QS World University telah menyenaraikan kedudukan 1,000 universiti terbaik dunia berdasarkan enam kriteria iaitu penyelidikan, reputasi akademik, pengantarabangsaan, nisbah pelajar : pensyarah, kebolehpasaran graduan dan kapasiti pengajaran sesebuah universiti.
“Boleh dikatakan kedudukan 10 universiti terbaik dunia, kekal milik universiti yang hampir sama.
“Menurut Anuar Ahmad (2019), The QS World University Rankings dari sudut sejarahnya diwujudkan untuk tujuan persaingan perniagaan bagi universiti swasta.
“Misalnya, MIT, Stanford, Harvard dan Oxford semuanya universiti swasta. Ranking sangat penting dalam perniagaan mereka.
“Bagi tujuan pemasaran, perlu kedudukan universiti swasta diketahui oleh para ibu bapa yang sedang memilih universiti untuk anak-anak mereka.
“Malangnya, universiti awam mula terikut-ikut dengan tipu daya ini. Pensyarah dipaksa meningkatkan jumlah penerbitan, bagi tujuan kenaikan pangkat, tanpa mempedulikan berapa orang yang membaca dan memanfaatkan penerbitan yang kononnya berimpak tinggi,” katanya.

Susulan budaya berkenaan, beliau menyifatkan terdapat segelintir pensyarah muda yang turut berlumba-lumba dengan kenaikan pangkat dan gelaran, tanpa berpaling untuk melihat nilai-nilai keinsanan.

“EQ dan SQ mereka, seolah-olah ke laut. Puluhan juta ringgit dibelanjakan bagi tujuan ini. Bukan main seronok lagi pemimpin yang bergelar apabila kedudukan universiti mereka diumumkan antara terbaik dunia, khususnya di Asia.
“Mereka ini tidak ubah seperti anak-anak yang menang dalam pertandingan ratu cantik sekolah. Mereka lupa matlamat dan falsafah sebenar kewujudan sesebuah universiti yang dipimpin,” luahnya.

The post Kejar ranking universiti tidak lagi relevan, kenyataan menteri dipersetujui appeared first on Oh My Media.

from Oh My Media https://ift.tt/7qdyvAS
sumber : ohmymedia.cc

No comments