Malabar Gold & Diamonds buka cawangan ke-9 di Ampang Point
Malabar Gold & Diamonds sekali lagi mengorak langkah dengan melancarkan cawangan terbaharunya di pusat beli-belah Ampang Point pada 30 Oktober lalu.
Cawangan tersebut merupakan bilik pameran ke-9 di Malaysia yang direka eksklusif dan khas buat pelanggan tempatan.
Pelancaran itu dirasmikan oleh Ketua Cawangan Malaysia, Nijeesh Parayil bersama kehadiran selebriti popular Anzalna Nasir.
Cawangan terbaru ini akan memberikan tumpuan lebih kepada pelanggan berbangsa Melayu disamping menyediakan pelbagai koleksi mengikut selera serta pilihan Melayu.
Malabar Gold & Diamonds terkenal dengan polisi berorientasikan kepentingan pelanggan dan ketelusan dalam urusan niaga dan pelanggan dilindungi dengan ‘Janji Malabar’.
Janji Malabar ialah dasar yang memberikan jaminan kualiti serta perkhidmatan terbaik termasuklah 100% nilai pertukaran emas dan berlian.
“Kami amat berbesar hati kerana dapat membuka cawangan terbaru kami di Pusat Membeli Belah Ampang Point, justeru itu dapat memperluaskan kehadiran kami di Malaysia.
“Malabar Golds & Diamonds telah memulakan operasi di Malaysia bermula tahun 2015 dengan cawangan pertama di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur.
“Meskipun kami telah melayani minat pelanggan Melayu kami dengan berkonsepkan MGD – Lifestyle Jewellery…
“…cawangan Malabar Gold & Diamonds di Ampang Point adalah yang pertama direka khas, khusus untuk para pelanggan berbangsa Melayu,” kata Pengerusi Malabar Group, M.P Ahamed.
Ahamed berkata, cawangan terbaharu itu akan memperluaskan lagi rangkaian mereka dalam negara dan berperanan penting bagi mencapai matlamat menjadi peniaga perhiasan pilihan utama di Malaysia.
Cawangan di Ampang Point juga akan mempamerkan pelbagai pilihan rekaan dan koleksi perhiasan emas dan berlian yang mana antara koleksinya ialah The Mine.
Koleksi tersebut akan mempersembahkan perhiasaan berlian unik yang telah direka khas untuk pelanggan Melayu, termasuklah rantai berlian panjang.
Selain itu, koleksi emas 916 ‘Bella’ yang sering menjadi tumpuan menyediakan banyak rekaan eksklusif dan kekemasan halus yang dihasilkan dari pelbagai jenis emas.
“Kami amat gembira dengan pelancaran cawangan baru kami ini, yang didedikasikan secara eksklusif untuk memenuhi cita rasa dan keselesaan kepada pelanggan tempatan terutama wanita Melayu.
“Setiap satu koleksi dan rekaan dipilih khas dan terperinci mengambil kira faktor rekaan yang baru dan unik, hasil kerja tangan yang halus dan keberatan yang seiring untuk memberikan pelanggan nilai harga yang menarik dan mampu milik,” ujarnya.
Malabar Gold & Diamonds merupakan salah satu perniagaan perhiasan terbesar di dunia yang berada di tangga ke-6 dari 335 kedai di 11 negara seluruh dunia.
The post Malabar Gold & Diamonds buka cawangan ke-9 di Ampang Point appeared first on Oh My Media.
from Oh My Media https://ift.tt/2cQrobE
sumber : ohmymedia.cc

Post a Comment