Netizen harap Kieda Crepe masuk jadi ketua platun PLKN -“Sekali jerkah semua masuk baris!”
Kecoh mengenai Program Latihan Khidmat Negara (PLN), ramai warganet berharap pempengaruh yang juga pengusaha, Kieda Crepe terpilih untuk turut serta bersama.
Sejak semalam, kecoh di media sosial apabila ramai pengguna meluahkan rasa tidak puas hati apabila mengetahui belia berusia 16 tahun sehingga 35 tahun perlu menyertai PLKN 3.0.
Isu tersebut tular susulan ciapan seorang pengguna dikenali @connerlyazenby di aplikasi X memuat naik tangkap layar artikel sebuah media tempatan mengenai pengumuman itu.
Harap masuk jadi ‘first batch’ PLKN dulu
Namun, apa yang menarik perhatian adalah ciapan yang dimuat naik pengguna dikenali Alan dengan penuh harapan agar Kieda Crepe itu dipilih untuk menyertai PLKN pengambilan pertama.
Ujarnya, Kieda Crepe atau nama sebenarnya Siti Nur Khalieda Yusra dilihat sangat bersesuaian untuk dilantik menjadi ketua platun kepada semua pelatih PLKN.
Ia berikutan suara dan kelantangan pengusaha pencuci mulut berusia 25 tahun terutama dalam mendisiplinkan pelanggan yang hadir ke kedai miliknya.
“Harap first batch PLKN nanti Kieda Crepe kena masuk dulu. Dia macam sesuai jadi ketua platun (emoji gelak berdekah). Sekali jerkah semua masuk baris,”selorohnya.
Harap first batch PLKN nanti Kieda Crepe kena masuk dulu, dia macam sesuai jadi ketua platun sekali jerkah semua masuk baris
— ALAN (@IniAlalalannn) November 2, 2023
Artikel lain: Bukan beratur naik kedai & beli! Kieda Crepe syukur dapat kongsi rezeki
Terus berdisiplin! Tak boleh bayangkan Kieda Crepe…
Hantaran tersebut menarik perhatian ramai di mana mereka turut terhibur dengan ciapan berkenaan.
Mereka juga tidak dapat membayangkan sekiranya perkara tersebut benar-benar berlaku lebih-lebih lagi video Kieda menjerit memberi arahan kepada pelanggannya tular sehingga menjadi bualan.
Utamakan pempengaruh masuk PLKN dulu…
Dalam pada itu, terdapat juga individu berharap agar pihak kerajaan memberi keutamaan kepada pempengaruh media sosial untuk menyertai PLKN terlebih dahulu.
Selain Kieda, beberapa nama pempengaruh turut dicadangkan seperti Khairul Aming, Imran Bard dan Azfar Heri.
Seeloknya intake pertama PLKN kali ni kerajaan pilih influencer dulu semua.. Biar mereka review dulu.. Lepas ni baru berebut budak-budak nak pergi jugak..
— Jalal Misai (@jllmisai) November 2, 2023
Kelmarin, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, Fasa 1 melibatkan pelajar Tingkatan Empat melalui silibus Kementerian Pendidikan (KPM), yang mengandungi silibus kokurikulum seperti kadet polis, bomba dan pengakap.
Sumber: X IniAlalalannn
The post Netizen harap Kieda Crepe masuk jadi ketua platun PLKN -“Sekali jerkah semua masuk baris!” appeared first on Oh My Media.
from Oh My Media https://ift.tt/PLWEF2u
sumber : ohmymedia.cc

Post a Comment