MOTAC perkukuh aspek keselamatan pelancong di Sabah
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) bersama Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar (KePKAS) Sabah telah mengadakan mesyuarat khas berkenaan kemalangan membabitkan pelancong di Sabah.
Mesyuarat tersebut bertujuan untuk mencari kata sepakat dalam kalangan semua pihak dalam meningkatkan aspek keselamatan pelancongan tempatan dan mengurangkan risiko kemalangan serupa di masa hadapan.
Menteri MOTAC, Datuk Seri Tiong King Sing berkata dalam satu kenyataan awal bulan ini, isu kemalangan pelancong di Sabah adalah isu mendesak yang perlu ditangani dalam memulihkan industri pelancongan Sabah.
Turut hadir ke mesyuarat tersebut, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Laut Sabah dan Labuan, Pejabat Daerah Semporna, Lembaga Pelancongan Sabah dan lain-lain.
Antara perkara utama yang telah dibincangkan dalam mesyuarat tersebut ialah pengukuhan garis panduan keselamatan bagi mencegah berlakunya kemalangan.
“Kerajaan akan mengkaji semula secara holistik dan menaik taraf garis panduan keselamatan sedia ada untuk memastikan pelancong mempunyai langkah pencegahan serta keselamatan yang mencukupi ketika berada di Sabah.
“Kerajaan juga akan memastikan pengendali bot memiliki lesen sah untuk menjalankan aktiviti-aktiviti berkaitan sukan air,” katanya.
Menurut King Sing, kesemua bot penumpang yang hendak beroperasi berdaftar dan disahkan oleh pihak berkuasa bagi memastikan pematuhan terhadap piawaian keselamatan yang diperlukan.
Ini termasuklah memantau pematuhan peraturan mengenai kapasiti penumpang, pemakaian jaket keselamatan berkualiti tinggi, peralatan keselamatan maritim dan langkah-langkah kecemasan yang diperlukan.
Disamping itu, kerajaan akan memastikan penguatkuasaan yang ketat serta pemeriksaan mengejut bagi memastikan langkah keselamatan dilaksanakan dengan baik.
Pada masa yang sama, mesyuarat tersebut juga membincangkan keperluan untuk tenaga pengajar selam skuba memiliki lesen yang diiktiraf dan dikemas kini secara berkala disamping memastikan kualiti tenaga pengajar.
Lain daripada itu, kerajaan turut membincangkan berkenaan kelayakan pengajar selam skuba perlu dipamer dan diteliti sebelum menjalankan sebarang aktiviti sebagai saringan tambahan.
“Adalah ditegaskan bahawa keselamatan pelancong adalah keutamaan kami. Justeru kami memerlukan kerjasama penuh daripada semua pihak berkepentingan, termasuk pemain industri untuk memastikan pertumbuhan mampan sektor pelancongan dan keselamatan pengunjung.
“Operator atau pengusaha pula mestilah mengutamakan keselamatan dengan menyediakan latihan kepada para kakitangan masing-masing, perlindungan insurans dan pelan kecemasan,” ujarnya.
Tambah beliau, kerajaan negeri perlu memantau dan meningkatkan kualiti pelancong tempatan bagi memberikan pengalaman yang baik sekali gus meningkatkan keyakinan pelancong.
Foto: Sinar Harian
“Pengalaman yang lebih baik akan meningkatkan keyakinan pelancong, sekaligus berpotensi menarik minat pelancong untuk kembali mengunjungi destinasi yang sama, merangsang pertumbuhan ekonomi dan mewujudkan peluang pekerjaan.
“Adalah penting bagi semua pihak untuk menunaikan tanggungjawab secara bersama dan mencegah kejadian atau insiden yang tidak diingini berlaku di masa hadapan, meningkatkan keyakinan terhadap industri pelancongan Malaysia dan memulihakn reputasi industri,” katanya.
Setakat ini, lebih 13 kes kemalangan membabitkan pelancong dilaporkan berlaku di Sabah, termasuk kejadian bot terbalik di Pulau Timba-Timba dan insiden lemas membabitkan pelancong asing di Kudat pada Julai lalu.
The post MOTAC perkukuh aspek keselamatan pelancong di Sabah appeared first on Oh My Media.
from Oh My Media https://ift.tt/mqRzYAj
sumber : ohmymedia.cc

Post a Comment