MOTAC alu-alukan cadangan kerajaan negeri berkaitan infrastruktur pelancongan
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menyatakan fokus terhadap kemampanan ekosistem pelancongan di dalam dan luar negara serta komited untuk mengembangkan nilai komersial seni, budaya dan industri kreatif.
Menterinya Datuk Seri Tiong King Sing berkata demikian dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kebangsaan Pembangunan Pelancongan dan Kebudayaan 2023 (JKPPK) pertama pada 14 November lalu.
MOTAC alu-alukan cadangan kerajaan
Difahamkan, ia adalah sebagai persediaan ulang tahun hubungan diplomatik Malaysia-China yang ke-50 pada tahun hadapan serta Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026).
King Sing berkata berkata, MOTAC mengalu-alukan cadangan daripada kerajaan negeri berkaitan infrastruktur pelancongan negeri masing-masing supaya dapat mengkaji bagaimana dapat memberi sokongan bagi menaik taraf kawasan pelancongan dan tapak warisan yang ada.
“Dalam masa sama katanya, MOTAC menghormati kuasa kerajaan negeri untuk merancang pembangunan pelancongan dengan tujuan dapat bekerjasama dengan kerajaan negeri dan bukan berhasrat untuk mencampuri bidang kuasa mereka.
“Dengan itu, saya menyarankan semua Exco Kerajaan Negeri berbincang dengan Ahli Dewan Negeri atau Ahli Parlimen di kawasan masing-masing.
“Setiap kerajaan negeri berhak merangka promosi jangka panjang dan jangka pendek serta bertanggungjawab untuk berkomunikasi dan berbincang dengan kerajaan Persekutuan bagi mengeratkan kerjasama seterusnya merealisasikan apa yang dirancang sebaik mungkin,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.
King Sing berkata, beliau juga menyatakan bahawa MOTAC sedang mengerakkan projek penggambaran pelancongan dan penyempurnaan pembangunan aplikasi mudah alih serta berharap projek-projek ini dapat direalisasikan pada pertengahan bulan Januari 2024.
Artikel berkaitan: Bantu semula industri, Sabah lantik Lee Chong Wei sebagai duta pelancongan
Malah, beliau turut menyatakan bahawa keputusan ini diambil selepas perbincangan dengan wakil sektor pelancongan kerana mereka perlukan lebih banyak masa untuk membuat persiapan, termasuk menaik taraf dan menyelesaikan masalah yang dihadapi selepas pandemik yang melanda berhubung keputusan menunda Tahun Melawat Malaysia ke tahun 2026.
“Saya juga mencadangkan setiap kerajaan negeri menghantar wakil masing-masing menyertai sekretariat VM2026, supaya MOTAC dengan kerajaan negeri dapat berkomunikasi dengan lebih rapat.
“Sebarang permasalahan yang dihadapi oleh kerajaan negeri dapat diambil tindakan dan diselesaikan dengan cepat,” ujarnya.
Sementara itu, mesyuarat ini juga menitikberatkan aspek keselamatan pelancongan termasuk kemalangan membabitkan bas pelancong.
“Bagi mengelakkan kejadian sedemikian berulang dan menjejaskan sektor pelancongan serta imej negara, saya memohon kepada setiap kerajaan negeri agar mengadakan perbincangan dengan agensi-agensi pelancongan dan menangani isu ini secepat mungkin, termasuk masalah kekurangan pemandu pelancong dan mutu perkhidmatan.
“Selain itu, wakil-wakil dari kerajaan negeri turut membangkitkan isu struktur industri dan permintaan pelancong yang bervariasi telah mewujudkan aktiviti-aktiviti pelancongan yang baharu, antaranya penggunaan karavan, inap desa atau homestay dan glamping.
“Mereka mencadangkan kerajaan Persekutuan mewujudkan akta baharu atau membuat pindaan terhadap akta sedia ada bagi mengawal selia perkembangan baharu ini supaya keselamatan peribadi dan harta benda serta hak pelancong terjamin,” katanya.
Foto: Tourism Malaysia
Pada masa sama, mesyuarat JKPPK turut membincangkan tentang Belanjawan 2024 yang berkaitan dengan sektor pelancongan dan kebudayaan; peruntukan kepada MOTAC; Projek Pembangunan; peruntukan Projek Pembangunan RMKe 12 dan lain-lain lagi.
The post MOTAC alu-alukan cadangan kerajaan negeri berkaitan infrastruktur pelancongan appeared first on Oh My Media.
from Oh My Media https://ift.tt/qU1NM6j
sumber : ohmymedia.cc

Post a Comment