Header Ads

Namron ulas video Agus-Wahab disunting, mustahil untuk dilakukan

Pelakon Namron mempersoalkan dakwaan Penolong Pegawai Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Abdul Wahab berkenaan video perbualan bersama bekas Ketua Pengarah J-KOM, Datuk Mohammad Agus Yusoff yang tular baru-baru ini.

Namun begitu, Abdul Wahab mendakwa video tersebut telah disunting menggunakan teknik voice over dimana audio dalam video itu telah diganti dengan suara lain.

Menerusi satu perkongsian di Facebook Namron, dia berkata dakwaan Abdul Wahab itu meragukan kerana mustahil untuk menggantikan dialog lain jika ianya tidak sama seperti yang diucapkan dalam rakaman.

“Menggantikan dialog lain yang tidak seperti diucapkan di rakaman asal adalah sesuatu yang mustahil utnuk dilakukan kerana gerak bibir tidak selari dengan ucapan,” tulisnya semalam.

Tambahnya, teknik voice over seperti didakwa Abdul Wahab memang antara teknik yang boleh digunakan namun ianya hanya digunakan dalam imej berlainan dan bukan imej yang sama.

“Salah satu cara untuk menambah atau menggantikan dialog baharu adalah dengan menggunakan teknik voice over (seperti yang En Wahab nyatakan sewaktu siaran media).
“Bagaimanapun teknik ini hanya digunakan untuk menampal suara pada imej yang lain bukan pada imej yang sama.

Foto: SelangorKini

“Sebagai contoh, watak lelaki bernama Gajus menelepon seorang lelaki muda untuk mengajaknya melakukan hubungan songsang. Pengarah ingin mengubah atau menambah dialog Gajus.
“Apa yang perlu dilakukan adalah menukar syot Gajus kepada syot lelaki muda dan memasukkan dialog baharu di syot ini,” jelasnya.

Pada akhir perkongsiannya, Namron yang juga pernah menjadi pengarah filem berkata sebelum membuat sesuatu kenyataan, rujuklah dengan orang yang lebih berpengetahuan dalam bidang tersebut.

“Nasihat saya kepada En Wahab, sebelum membuat sesuatu kenyataan, rujuk dulu dengan orang yang tahu tentanh selok belok editing. Jika tidak ianya akan menjerat Encik semula,” ujarnya.

Terdahulu, tular video Abdul Wahab dan Mohammad Agus sedang melakukan panggilan video yang memaparkan bekas Pengerusi J-KOM itu berkata-kata tidak senonoh.

Foto: Kosmo Digital

Namun begitu, Abdul Wahab mengeluarkan kenyataan dalam satu sidang media bersama Mohammad Agus bahawa video tersebut telah disunting dan audionya ditukar.

Katanya, dia diarahkan oleh seorang individu bergelar Mr. H untuk merakam video tersebut kerana dijanjikan jawatan lebih tinggi.

Dakwanya lagi, dia telah dipergunakan dan menjadi kambing hitam oleh pihak tertentu untuk menjatuhkan Mohammad Agus.

Sumber: Facebook Namron

The post Namron ulas video Agus-Wahab disunting, mustahil untuk dilakukan appeared first on Oh My Media.

from Oh My Media https://ift.tt/Kz2E9qn
sumber : ohmymedia.cc

No comments