Neelofa akui tertekan, bekalan susu badan terjejas disebabkan isu semasa Palestin
Selebriti yang juga usahawan terkemuka, Noor Neelofa mengakui dirinya tertekan sehingga menjejaskan bekalan susu badan kerana mengikuti perkembangan isu semasa Palestin yang cedera dan terkorban angkara Zionis Israel.
Susu badan Neelofa terjejas
Memetik Kosmo! Online, ibu kepada dua cahaya mata comel ini terpaksa mengambil pendekatan menyebarkan kandungan berbentuk pendidikan dan kesedaran mengenai keperitan yang ditanggung penduduk Gaza.
Jelas Neelofa, dirinya terpaksa berbuat demikian bagi mengelakkan susu badan terjejas selepas sebulan aktif berkongsi video melibatkan kanak-kanak dan wanita di Palestin.
“Selepas sebulan aktif membuat hantaran mengenai keadaan di Gaza, saya kini memilih kandungan berbeza. Kalau dulu, saya muat naik video kanak-kanak dan wanita.
“Sekarang, saya lebih kepada berkongsi kandungan pendidikan untuk menyuntik kesedaran kekejaman yang dilakukan oleh Zionis.
“Sebab tertekan, ia member kesan kepada ‘suppy’ (bekalan) susu saya,”ujarnya.
Neelofa berkata, penurunan jumlah besar bekalan susu badannya pada setiap hari amat memberi kesan kepada anaknya, terutama masih menyusu bayi berusia empat bulan, Abduulah Abbas.
Ibu menyusu perlu fikir emosi sebelum kongsi
Dalam pada itu, selebriti berusia 34 tahun sempat menitipkan pesanan buat para ibu di luar sana supaya menitikberatkan kesihatan mereka demi anak-anak.
Neelofa berkata, adalah tidak menjadi suatu kesalahan jika mereka mahu menyokong atau menyebarkan sesuatu kesedaran mengenai isu semasa Palestin. Namun, mereka ini haruslah berfikir mengenai nasib anak yang masih bergantung bekalan susu ibu.
“Bukan saya suruh abaikan ataupun tidak buat hantaran tetapi pilih kandungan yang tidak beri kesan emosi yang kejam,” ujarnya lagi.
Untuk pengetahuan, pelakon drama Suri Hati Mr. Pilot itu lantang bersuara mengenai nasib menimpa penduduk di Palestin yang menjadi mangsa ‘rakus’ penjajah rejim Zionis Israel.
Artikel lain: Dulu stres susu badan sikit, terkejut kini terlebih ‘meriah’! Apa rahsia Elisya Sandha?
Artikel lain: Rita Sosilawati syukur ‘meriah’ susu badan, siap bagi pada wanita lain
The post Neelofa akui tertekan, bekalan susu badan terjejas disebabkan isu semasa Palestin appeared first on Oh My Media.
from Oh My Media https://ift.tt/UWjaQqr
sumber : ohmymedia.cc

Post a Comment