Header Ads

Wanita hamil tujuh bulan teruja, datang jauh dari Kelantan demi Coldplay!

Tular sebuah video memaparkan keterujaan seorang wanita hamil hadir ke konsert kumpulan rock alternatif British, Coldplay yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, semalam.

Menerusi video dimuat naik Scoop, wanita dikenali Siti Zulaikha, 34,  yang berasal dari Kelantan itu sanggup ‘terbang’ ke Kuala Lumpur bersama adik lelakinya bagi merasai kehangatan persembahan kumpulan berkenaan.

“Saya sudah hamil tujuh bulan, hadir ke konsert Coldplay sebab minat.  Terpengaruh dengan adik yang merupakan peminat dari tahun 2010,”ujarnya.
@scoopdotmy

Walaupun sedang hamil tujuh bulan, ia bukan alasan buat seorang peminat Coldplay, Siti Zulaikha, 34, untuk hadir menonton konsert kumpulan artis diminatinya itu di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini. Ketika ditemui Scoop, wanita berasal dari Kelantan itu sanggup ‘terbang’ ke Kuala Lumpur bersama adik lelakinya bagi melihat persembahan kumpulan berkenaan. #vivalavida #coldplayinkl2023 #bukitjalilstadium #musicofthespheresworldtour #concerts #coldplayinmalaysia2023 #coldplayconcertinmalaysia #coldplayconcert #coldplay #coldplayinkl

♬ original sound – Scoopdotmy – Scoopdotmy

Dalam pada itu, wanita hamil ini mengakui dirinya berasa sedikit gusar hadir ke konsert Coldplay kerana sedang berbadan dua. Namun begitu, dia yakin segalanya akan dipermudahkan kerana ditemani oleh adik lelaki.

Tambahnya, ia juga mahu merealisasikan impiannya untuk menonton konsert Coldplay sebelum melahirkan anak tidak lama lagi.

“Saya mengharapkan sesuatu (memori indah ) dalam hidup saya dan adik sebelum bersalin,”luahnya.
Wanita hamil Coldplay

Siti Zulaikha dan adiknya. Kredit Gambar: Scoop/Helmi Anuar

Difahamkan, puluhan ribu peminat mula membanjiri perkarangan Stadium Nasional Bukit Jalil seawal jam 9 pagi biarpun keadaan cuaca yang tidak menentu dengan hujan lebat.

Untuk pengetahuan, Coldplay yang dianggotai Chris Martin, Johnny Buchland, Guy Berryman dan Will Champion mengakhiri konsert jelajah dunia, Coldplay Music of the Spheres di Malaysia pada tahun ini.

Kugiran rock tersohor ini juga mencatat rekod sebagai antara kumpulan yang berjaya menjual tiket terbanyak dan terlaris di dunia.

Sebelum bermulanya persembahan, konsert Music of the Spheres World Tour bersempena siri jelajah band berkenaan menerima banyak kritikan ramai sehingga ada pihak menggesa agar ia dibatalkan.

Bagaimanapun, ia tetap diteruskan dan Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil memaklumkan yang ‘suis pemati’ akan digunakan dalam konsert terbabit jika ada melanggar garis panduan bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak dingini berlaku.

Artikel lain: Syed Saddiq ditegur netizen, anggap Malaysia terlepas peluang ekonomi konsert Coldplay

Sumber: TikTok @scoopdotmy

The post Wanita hamil tujuh bulan teruja, datang jauh dari Kelantan demi Coldplay! appeared first on Oh My Media.

from Oh My Media https://ift.tt/yUC0N32
sumber : ohmymedia.cc

No comments