Syukur dapat tajaan umrah, Angeline Tan belajar agama dengan ‘Ustaz Sabri Yunus’
Pelakon dan pengarah, Sabri Yunus dan isteri, Ardini Angeline Tan tidak menyangka mendapat tawaran untuk mengerjakan umrah.
Pengarah berusia 62 tahun itu berkata, tawaran itu datang dari seorang individu pesara tentera dikenali Mejar Wahab, Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT) Kementerian Pertahanan Malaysia (MINDEF) dan sekarang mempunyai agensi umrah sendiri.
Impian jadi realiti, Sabri Yunus & Angeline Tan bakal tunai umrah
Sabri atau nama sebenarnya Mohd Sabri Yunus, 62, berkata, pada awalnya mereka ke Hotel Grand Barakah untuk ‘fitting’ baju resepi dan isteri melihat poster-poster umrah.
“Masa bercakap itu (berkenaan umrah) hanya kami berdua sahaja. Apabila terima panggilan dari pihak itu, isteri kata semalam baru terlintas. Dia macam tak percaya, Allah dengar dan kabulkan impian kami dalam tempoh tak sampai 24 jam.
“Kami berjumpa dia (Mejar Wahab) pada 2 November sebelum majlis resepsi kami keesokannya di Hotel Grand Barakah.
“Dia ajak jumpa dan makan malam dengan beberapa kawannya. Sebelum itu, dia dah beritahu tujuan sebenarnya sebelum kami jumpa lagi. Memang kami bersyukur. Yang menariknya, kami ke Barakah pada 1 November untuk ‘fitting’ baju semasa resepsi. Di situ, Ardinie tengok poster-poster berkenaan umrah. Isteri kata kalau ada orang taja umrah pun bagus,”ceritanya.
Tanpa disangka, esoknya mereka terus mendapat panggilan untuk tawarkan menunaikan umrah.
Sabri berkata, mengerjakan umrah adalah perkara awal yang dirancang mereka semasa hendak berkahwin. Malah, terfikir untuk membawa isteri menziarahi tempat bersejarah agar dia sedar mengenai kebesaran agama Islam.
“Kalau di Malaysia mungkin berbeza pemahamannya. Saya pernah pergi ke Makkah pada 2009 selepas isteri meninggal pada 2007 dan buat badal haji untuk arwah.
“Insya Allah… kami akan pergi selama dua minggu bermula 10 Disember sehingga 21 Disember. Kebetulan saya tak terbabit dengan shooting, manakala isteri dapat pelepasan shooting,” katanya.
Tak sempat masuk mana-mana kelas agama
Angeline Tan yang juga seorang pelawak dan pelawak berkata, dia masih belum sempat memasuki mana-mana kelas atau kursus agama untuk mendalami mengenai Islam.
Maklumnya, buat masa sekarang dia hanya merujuk dan meminta pandangan daripada suami dan beberapa para ilmuan Islam seperti Mufti Perlis, Dr. Maza.
“Selama ini yang tunjuk ajar saya tentang Islam adalah Sabri, dia adalah ustaz saya. Dia banyak bimbing saya.
“Tapi saya masih belum betul-betul pergi kursus agama, selama ini saya belajar tentang Islam dari Sabri, Dr Maza (Mufti Perlis) serta ustaz-ustaz lain yang saya kenal.
“Mereka semua banyak beri ilmu kepada saya dan saya kutip semua ilmu itu. Sabri juga sentiasa ada masa untuk terangkan kepada saya mana-mana perkara yang kurang pasti. Buat masa ini saya belajar dengan ustaz Sabri Yunus,”kongsi Angeline.
Artikel lain: Tahniah! Sabri Yunus dan Angeline Tan selamat bernikah
Kelas agama fasa kedua, perlu terima Islam terlebih dulu
Sementara itu, Sabri berpendapat memasuki kelas agama adalah fasa kedua selepas isterinya memeluk islam.
Jelasnya, apa yang lebih utama adalah keikhlasan hati Angeline menerima Islam dan seterusnya baru pergi ke kelas dan kursus termasuk fadhu ain dan kifayah.
“Sebelum ke kursus dia sendiri harus memahami konsep beragama itu sendiri,”kata Sabri.
Sekadar info, pasangan ini dinikahkan Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin atau Dr Maza pada 14 Oktober lalu. Mereka mula berkenalan semasa menjayakan sitcom Pi Mai Pi Mai Tang Tu pada tahun 1992.
Sumber: Harian Metro (Ridzuan Abdul Rahman), OhBulan (Shahrin)
The post Syukur dapat tajaan umrah, Angeline Tan belajar agama dengan ‘Ustaz Sabri Yunus’ appeared first on Oh My Media.
from Oh My Media https://ift.tt/flMOA1T
sumber : ohmymedia.cc

Post a Comment