Ella dah pakai alat bantu dengar, baca surah Yasin ubati kehilangan suara
Ratu rock Malaysia, Ella mendedahkan dirinya berdepan detik cemas apabila kehilangan suara sebelum Konsert Ella Jilid Akhir Puteri Kota di Pulau Pinang tempoh hari.
Pemilik nama Nor Zila Haji Aminuddin berkata, ia merupakan kejadian pertama yang dialaminya sepanjang empat dekad dalam industri muzik.
Ella ikhtiar, baca Yasin dan bawa doktor
Memetik laporan HibGlam, situasi tersebut membuatkan dia terpaksa menggunakan pelbagai usaha termasuklah mengambil hormon penambah tenaga di bawah pemantauan pakar perubatan yang diterbangkan khas dari Kuala Lumpur.
Malah, dia juga pernah membaca Yasin ketika berdepan dengan situasi tersebut kerana risau akan menghampakan 14,000 peminat yang datang ke konsertnya di Pulau Pinang.
“Sehari sebelum konsert di Bayan Lepas, Pulau Pinang pada 28 Oktober suara saya hilang sepenuhnya sampai saya rasa tak boleh buat persembahan kerana bercakap pun macam keluar angin sahaja.
“Raptai penuh pun tak dapat dibuat. Ini kali pertama berdepan situasi begini sehingga pelbagai cara pasukan saya lakukan termasuk membaca Yasin, selain membawa doktor datang ke Pulau Pinang.
“Saya jadi takut, apatah lagi sejak awal sudah tahu 14,000 peminat sudah beli tiket termasuk yang datang dari Medan dan Jakarta, Indonesia, Brunei serta Singapura.
Alhamdulillah, bantuan penambah hormon tenaga serta vitamin C bagi mengembalikan suara serta kecergasan akibat batuk dan impakjerebu yang saya alami sejak beberapa hari sebelum itu berkesan,” katanya.
Ella dah pakai alat bantuan pendengaran
Dalam pada itu, Ella mendedahkan dirinya telah menggunakan alat bantuan pendengaran untuk kedua-dua telinga sejak setahun lalu berikutan masalah yang boleh menjejaskan kerjayanya jika tidak diberi perhatian dari awal.
Menurut penyanyi berusia 57 tahun, dia mula mengetahui masalah tersebut selepas melakukan pemeriksaan di Global Hearing Care Centre Malaysia.
Hasil keputusan itu mendapati pendengaran telinga kirinya kurang 70 peratus, manakala sebelah kanan hanya tinggal 80 peratus daripada bacaan 200 peratus.
“Dengan bantuan GHCC dan saya menggunakan alat bantuan pendengaran Bernafon Alpha. Syukur, Alhamdulillah, kini masalah saya dapat diselesaikan,” kata Ella.
Artikel lain: Padam semua gambar di IG, Ella beri ‘hint’ mahu tinggalkan dunia seni?
Konsert Ella kumpul RM30,000 untuk Palestin
Sementara itu, mengenai konsert anjuran Hitman Solutions dengan kerjasama RockQueen, persembahan mega tersebut mengumpul 14,000 penonton yang datang dari dalam dan luar negara.
Difahamkan, konsert yang diadakan di Spice Arena, Pulau Pinang tersebut berjaya mengumpul RM30,000 untuk disumbangkan kepada tabung palestin.
“Saya terharu dapat bersama penonton bantu rakyat Palestin yang sangat memerlukan bantuan, begitupun juga dengan sokongan padu pasukan saya,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Ella akan mengadakan konsert seterusnya di Sabah pada suku tahun pertama 2024 selepas persembahannya mendapat sambutan memberangsangkan.
Sumber: HibGlam, Harian Metro (Minda Ranggong)
The post Ella dah pakai alat bantu dengar, baca surah Yasin ubati kehilangan suara appeared first on Oh My Media.
from Oh My Media https://ift.tt/pj5bd89
sumber : ohmymedia.cc

Post a Comment