Header Ads

Syukur peminat terima, Nadia Brian akui ke arah berhijab

Pelakon Nadia Brian akui ke arah berhijab dan  meluahkan rasa syukur atas penerimaan positif daripada warga maya selepas dia berkongsi foto memakai tudung di media sosial.

Nadia Brian akui ke arah berhijab

Menurut laporan mStar, Nadia berkata buat masa kini dia masih belum memakai hijab sepenuhnya atas beberapa sebab dan antaranya masih mempunyai rakaman untuk drama baharu.

Namun begitu, pelakon berusia 32 tahun itu berkata, dia sememangnya mahu mengekalkan imej tersebut dan meminta netizen untuk terus mendoakannya.

Pada masa yang sama, Nadia menjelaskan bahawa dia belum berhijrah sepenuhnya kerana mahu berubah kerana Allah, bukan manusia.

“Doakan baik-baik, sebab saya pun memang nak ke arah itu tapi sekarang ini belum lagi sebab saya baru sahaja tanda tangan kontrak untuk drama baru.

“Saya juga belum lagi memakai hijab sebab saya nak berubah bukan semata untuk manusia tapi kerana Allah,” katanya.

Nadia juga sangat menghargai sokongan daripada peminat disamping mengucapkan terima kasih atas doa mereka yang berterusan kepadanya.

Dalam pada itu, dia juga berkata mahu memakai hijab bukan untuk memuaskan hati mana-mana pihak namun sebagai langkahnya untuk perlahan-lahan berubah.

Tambahnya, ramai netizen yang menghubunginya melalui Direct Message (DM) di Instagram dan meluahkan kegembiraan mereka apabila melihat pelakon tersebut bertudung.

Malah, aktres itu juga sangat mengalu-alukan mesej seperti itu dan bersyukur kerana mereka terus mendoakan disamping ada yang memberikan nasihat.

“Ramai yang hubungi saya untuk beri sokongan dan saya nak ucap terima kasih sebab sudi bagi sokongan.
“Teruskan, saya tak kisah dapat DM, saya bersyukur ada yang doakan saya, ada yang bagi nasihat. Saya alu-alukan,” ujarnya.

Sementara itu, Nadia juga mendedahkan sebelum ini dia berasa takut dengan keadaan yang sedang berlaku di Palestin namun selepas mula mengenakan hijab, dirinya lebih tenang.

Artikel lain: Mahu cari calon suami beragama, Nadia Brian minta orang ramai doa jangan perli

Jelasnya, apabila melihat keadaan di Palestin, dia berkata untuk mempunyai nilai kemanusiaan itu kita tidak perlu memaksa orang lain untuk memeluk Islam.

“Saya lebih banyak rasa tenang sekarang sebab sebelum ini saya sangat takut. Bagi saya, untuk adanya nilai kemanusiaan tu, tak perlu pun jadi Islam,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Nadia juga mula menyertai Persatuan Bantuan Perubatan Malaysia (MERCY) bagi memberikan bantuan kepada Palestin.

“Allah dah bagi kita nikmat macam-macam, jadi apa salahnya kita guna nikmat itu untuk tolong mereka yang di sana kan walaupun kita tak susah untuk ke sana.
“Benda pertama kita boleh berikan ialah doa kepada mereka, tapi kalau kita ada kudrat yang lebih, bolehlah kita menyumbang dengan cara lain contohnya buat bantuan seperti MERCY ini,” ujarnya.

Tonton video penuh:

Sumber: mStar (Faiz Izzat), Instagram Nadia Brian

The post Syukur peminat terima, Nadia Brian akui ke arah berhijab appeared first on Oh My Media.

from Oh My Media https://ift.tt/o6DstBN
sumber : ohmymedia.cc

No comments