Tak mahu langgar prinsip, Fazura tidak jual tudung Palestin
Pelakon dan usahawan, Fazura menyatakan bahawa dia tidak akan menghasilkan tudung bertemakan Palestin walaupun mendapat permintaan daripada peminat.
Memetik laporan mStar, pelakon berusia 40 tahun itu berkata, penghasilan tudung bertemakan Palestin bertentangan dengan prinsipnya sebagai usahawan.
Artikel lain: Solidariti untuk Palestin, Zul Yahya lakukan kayuhan dari Ipoh ke JB
Artikel lain: Fazura akui pakai hoodie dan topi di luar, nafi dakwaan pergi clubbing
Katanya, sebagai pengusaha tudung, agak mustahil untuk mendermakan keseluruhan hasil jualan dan keuntungan produknya kepada masyarakat di negara berkenaan.
“Saya menolak untuk menjual tudung bertemakan Palestin. Ini sekadar pendapat saya sahaja, saya bukan menghakimi sesiapa tapi saya rasa ia pelik sebenarnya.
“Boleh sahaja saya keluarkan tudung-tudung Palestin itu semua tapi kalau nak beri seratus peratus keuntungan itu, ada ke orang nak buat macam itu?
“Kita tetap kena keluarkan modal dan sebagainya. Bagi saya, sebagai pengusaha mesti ada keuntungan yang boleh kita perolehi. Lagi pun, ia tidak selari dengan prinsip saya,” katanya.
Usahawan tersebut juga menyatakan dia mempunyai cara tersendiri untuk mengenang pemergian pejuang-pejuang Palestin, contohnya mengeluarkan tudung yang bertema.
Pada masa yang sama, Fazura juga memaklumkan pihaknya ada memberikan sumbangan kepada rakyat Palestin, namun tidak berkongsi lanjut mengenai perkara itu.
“Macam baru-baru ini, saya keluarkan tudung bertemakan Raudhah kerana ingin mendedikasikan kepada para Shuhada kita yang ada di Palestin.
“Saya bayangkan mereka di taman-taman syurga, bunga itu melambangkan kedamaian dan kemuliaan. Cuma saya tak kongsikan perkara ini kepada umum.
“Tapi sumbangan lain saya kepada mereka tidak perlu disebutlah kerana itu antara saya dan Allah,” ujarnya.
Sumber: mStar (Maszuhaira Sarimin), Instagram Fazura
The post Tak mahu langgar prinsip, Fazura tidak jual tudung Palestin appeared first on Oh My Media.
from Oh My Media https://ift.tt/HBN8jix
sumber : ohmymedia.cc

Post a Comment