Tuduhan palsu, wanita dakwa hamil anak Aniq Suhair mohon maaf
Wanita dakwa hamil anak Aniq Suhair mohon maaf secara terbuka selepas aktor tersebut membuat kenyataan akan memfailkan laporan polis atas tuduhan tersebut.
Menerusi muat naik akaun @teas.aniqsuhair di TikTok, wanita tersebut meminta netizen untuk berhenti bertanya soalan kepadanya.
Wanita yang tidak diketahui identiti itu berkata, dia mahu membuat permohonan maaf secara terbuka atas dakwaan dilemparkan kepada Aniq sebelum ini.
Selain itu, dia juga berkata niatnya memuat naik tuduhan tersebut bukanlah untuk merosakkan reputasi dan karier Aniq.
“Salam. Tolong jangan tanya soalan lagi. Saya mahu memohon maaf secara terbuka untuk apa yang saya telah kongsikan mengenai Aniq di TikTok.
“Saya tidak berniat untuk merosakkan reputasi dan karier Aniq,” katanya.
Wanita dakwa hamil anak Aniq Suhair mohon maaf
Wanita tersebut juga memohon maaf kepada warganet yang mengikutinya di TikTok dan juga kepada pihak media terutama Aniq disamping mengaku tindakannnya adalah tidak wajar.
“Maaf kepada semua yang mengikuti akaun ini. Maaf kepada media dan terutama sekali kepada Aniq Suhair untuk muat naik itu.
“Ini adalah satu tindakan tidak wajar terhadap empunya badan. Tidak seharusnya saya memuat naik kandungan seperti ini.
“Sekali lagi saya minta maaf atas perkara ini. Sekian, Asalammualaikum,” ujarnya.
Wanita itu juga memuat naik satu lagi foto memaklumkan perkongsiannya sebelum ini hanyalah tuduhan kepada aktor tersebut selain memohon maaf kerana telah merosakkan reputasinya.
“Semua muat naik sebelum ini hanyalah tuduhan kepada Aniq Suhair. Saya memohon maaf kerana telah merosakkan reputasi kamu,” katanya.
Terdahulu, wanita berkenaan mendakwa dirinya telah dihamilkan namun aktor tersebut tidak mahu bertanggungjawab.
Artikel berkaitan: Wanita dakwa dihamilkan aktor muda? – “Berhenti berpura-pura”
Dakwanya, dia pernah menghubungi Aniq di pelbagai platform media namun aktor berusia 23 tahun itu tidak melayannya.
Oleh kerana itu, wanita terbabit mengambil keputusan untuk mendedahkan dakwaan tersebut secara terbuka dengan berkongsi pelbagai luahan di TikTok.
Tidak lama kemudian, Aniq telah membuat kenyataan dia akan mengambil tindakan undang-undang berhubung dakwaan berkenaan.
Sumber: TikTok @teas.aniqsuhair, Instagram Aniq Suhair
The post Tuduhan palsu, wanita dakwa hamil anak Aniq Suhair mohon maaf appeared first on Oh My Media.
from Oh My Media https://ift.tt/NLkTtnm
sumber : ohmymedia.cc

Post a Comment