Header Ads

AAN hargai sumbangan ahli akademik, lonjak nama IPT di dalam & luar negara

Anugerah Akademik Negara (AAN) Ke-15 telah disampaikan oleh Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin di Hotel InterContinental, Kuala Lumpur malam tadi.

AAN hargai sumbangan ahli akademik

AAN merupakan acara tahunan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan merupakan program kemuncak bagi Sambutan Bulan Akademia Peringkat Kebangsaan tahun 2023.

Ia satu pengiktirafan tertinggi kerajaan yang diberikan kepada ahli akademik sebagai menghargai kecemerlangan dan sumbangan mereka dalam melonjakkan nama Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

AAN kali ini menyaksikan Anugerah Tokoh Akademik Negara diberikan kepada Pakar Penyakit Berjangkit Negara, Prof. Dr. Adeeba Kamarulzaman.

Program ini merupakan pengiktirafan tertinggi khusus untuk ahli akademik sebagai penghargaan kepada kecemerlangan dan sumbangan mereka dalam melonjakkan nama Institusi Pendidikan Tinggi.

Artikel berkaitan: Program MyBrain 2.0 sasar 500 penerima biasiswa, naikkan Elaun Sara Hidup pelajar B40

Pada masa yang sama, AAN juga merupakan inisiatif kerajaan dalam usaha merangsang pembangunan kesarjanaan dan keintelektualan negara.

“Saya ingin memberi jaminan bahawa Kerajaan Perpaduan di pimpinan saya akan terus memberi dorongan dan dukungan kepada semua IPT.
“Khususnya dalam usaha meneroka dan mewujudkan bidang-bidang pengajian baharu, termasuk bidang ekonomi, kesejahteraan dan kelestarian,” kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam teks ucapan yang dibacakan oleh Mohamed Khaled.

Anwar berkata, pengembangan bidang ilmu mestilah menjadi agenda nasional yang kalis politik dan kepentingan diri sendiri.

“Malah, membangunkan suatu ekosistem pendidikan tinggi yang bertaraf global harus menjadi usaha berterusan.
“Kita mahu meletakkan Malaysia sebagai negara yang mengangkat dan menghormati ilmu,” ujarnya.

Anugerah lain yang disampaikan pada majlis ini adalah anugerah Penerbitan Makalah Jurnal Kategori Bidang Sains yang diberikan kepada Prof Madya Dr. Tan Kun Jie dari Universiti Sains Malaysia (USM).

Selain itu, Anugerah Penerbitan Buku pula diberikan kepada Prof. Dr. Shamsul Bahri Abdul Razak dari Universiti Malaysia Terengganu (UMT).

Manakala, Anugerah Pengajaran Kelompok Sastera Gunaan dan Sains Sosial Gunaan diberikan kepada Prof Madya Dr. Adibah Abdul Latif dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Sementara itu, Anugerah Pengajaran Kelompok Sains Gunaan pula diberikan kepada Dr. Norliza Mohd Isa dari UTM.

Anugerah terakhir, Anugerah Inovasi dan Pengkomersialan Produk pula diberikan kepada TS. Dr. Mariani Abdul Hamid dari UTM.

Penerima anugerah akademik negara menerima wang tunai RM200,000 beserta trofi dan sijil. Manakala, penerima kategori lain menerima wang tunai RM50,000 beserta trofi dan sijil.

Turut hadir dalam majlis tersebut adalah ahli akademik dari Universiti Awam, Institusi Pendidikan Tinggi Swasta, Politeknik dan Kolej Komuniti.

The post AAN hargai sumbangan ahli akademik, lonjak nama IPT di dalam & luar negara appeared first on Oh My Media.

from Oh My Media https://ift.tt/MR2w8OI
sumber : ohmymedia.cc

No comments