Header Ads

Adira Suhaimi fail cerai kali kedua terhadap Datuk Red

Penyanyi popular, Adira Suhaimi telah memfailkan penceraian terhadap suaminya, Datuk Seri Adnan Abu di Mahkamah Syariah Gombak Barat, Rawang pada 25 Oktober lalu.

Menurut laporan mStar, permohonon tersebut merupakan permohonan kedua yang dibuat oleh Adira terhadap suaminya selepas pernah memfailkan penceraian pada 1 April 2019.

Namun begitu, permohonan pada tahun 2019 itu ditarik selepas Adira memberi peluang kepada suaminya, Adnan atau lebih dikenali Datuk Red dan cuba berbaik demi anak-anak.

Sebutan kedua kes ini dijalankan pada Isnin ini dan Adira hadir bersama kakaknya, Emma Suhaimi sebagai wakil Jawatankuasa Pendamai (JPK) namun Adnan hadir seorang diri dan gagal tampil bersama wakil bagi proses tersebut.

Ketika sebutan kes itu di hadapan Hakim Syarie, Abdul Hadi Omar, beliau menegur tindakan Adnan yang dianggap sengaja melambat-lambatkan penubuhan jawatankuasa pendamai.

Susulan itu, Abdul Hadi menangguhkan kes berkenaan pada 18 Disember ini bagi memberikan masa kepada Adnan untuk melantik wakil pihaknya.

Sekadar info, Adira dan Adnan berkahwin di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015 sebagai isteri kedua dan telah dikurniakan empat orang cahaya mata.

Sebelum ini, Adnan pernah bernikah pada usia 20 tahun namun bercerai selepas lima tahun bersama dan hasil perkahwinan itu, dia telah dikurniakan dua cahaya mata.

Setelah itu, Adnan bernikah pula dengan Datin Seri Sharifah Norshafila Hasim dan dikurniakan lima orang cahaya mata.

Sumber: mStar (Qarami Hashim), Instgram Adira Suhaimi

The post Adira Suhaimi fail cerai kali kedua terhadap Datuk Red appeared first on Oh My Media.

from Oh My Media https://ift.tt/8Zcy9w6
sumber : ohmymedia.cc

No comments