Lantang bersuara isu Palestin, kontrak Kaka Azraff dengan Warner Music didakwa tamat
Kontrak penyanyi Kaka Azraff dengan syarikat rakaman Warner Music Malaysia Sdn Bhd didakwa akan tamat kerana kelantangannya mengecam kekejaman zionis di Palestin.
Memetik laporan Kosmo! Online, tular satu surat yang memaklumkan Warner Music Malaysia telah menamatkan kontrak Kaka berkuatkuasa pada 31 Disember ini.
Kontrak Kaka Azraff dengan Warner Music didakwa tamat
Menurut kontrak tersebut, penyanyi berusia 34 tahun itu tetap akan memenuhi setiap aktiviti seni yang sudah diatur oleh pihak Warner Music walaupun selepas kontraknya ditamatkan.
Artikel lain: Neelofa akui tertekan, bekalan susu badan terjejas disebabkan isu semasa Palestin
Selain itu, Kaka juga diberi amaran untuk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan atau komen yang boleh menjatuhkan imej Warner Music Malaysia serta pihak berkaitan.
Dalam pada itu, hasil tinjauan menunjukkan nama Kaka juga telah dikeluarkan daripada laman web syarikat rakaman tersebut.
Terdahulu, Kaka telah membalas perkongsian InstaStory pempengaruh dan pelakon Australia pro-Israel, Nathaniel Buzolic beberapa minggu lalu.
“Israel yang mulakan perang ini. Israel rampas tanah mereka (orang Palestin) dan sekarang mereka bertindak seperti mereka mangsa?
“Hitler sepatutnya bunuh semua orang Israel,” kata Kaka.
Susulan tindakannnya itu, maklumat Kaka termasuklah sebagai artis dibawah naungan Warner Music telah dimuatnaik ke Instagram pro-Yahudi, Jew Hate Database.
Ramai netizen pro-Israel menyerang akaun Instagram Kaka di ruangan komen disamping menggesa Warner Music untuk menyingkirkan penyanyi itu.
Sekadar info, syarikat induk Warner Music Group telah memuat naik satu hantaran Instagram menyatakan sokongan syarikat tersebut terhadap Israel disamping menyifatkan Hamas sebagai pengganas.
Sumber: Kosmo! Online, Instagram Kaka Azraff
The post Lantang bersuara isu Palestin, kontrak Kaka Azraff dengan Warner Music didakwa tamat appeared first on Oh My Media.
from Oh My Media https://ift.tt/cejwlpD
sumber : ohmymedia.cc

Post a Comment