Header Ads

Bukan kes pertama? Tular dakwaan pelaku langgar Zaharif pernah tolak wanita hamil

Satu dakwaan tular di media sosial apabila akaun X milik mynewshub memuat naik tangkapan layar dipercayai pendedahan dari saluran Telegram Edisi Siasat yang mendedahkan bahawa tindakan pelaku melanggar remaja 17 tahun bukan kes pertama dilakukan sebelum ini.

Netizen dakwa bukan kes pertama?

Dalam tangkapan layar keratan laporan polis terbabit, Edisi Siasat telah memuat naik gambar pegawai kanan polis serta kaspyen mengatakan bahawa individu terbabit pernah melakukan satu jenayah sekitar 2015.

Difahamkan, lelaki itu didakawa telah menyerang seorang wanita hamil dan menumbuk serta menolak mangsa berkali-kali walaupun cuba dileraikan oleh orang sekeliling.

Kes pertama pertama, katanya pada 2015 pernah berlaku

Dalam keterangan terbabit, kejadian dipercayai berlaku di sebuah kedai mesin jahit di Pantai Timur. Saluran tersebut juga turut memuat naik nama penuh serta nombor kad pengenalan pelaku dipercayai individu sama yang melanggar adik Zaharif.

Artikel lain: Isteri pelaku mohon maaf – “Suami memang panas baran, tak boleh dengar orang rem motor”

Belum ada sebarang kenyataan rasmi

Perkongsian yang dibuat itu telah menjadi bualan netizen di media sosial yang rata-rata terkejut dengan tindakan yang dilakukan oleh pelaku jika benar perkara tersebut terjadi.

Walau bagaimanapun, setakat ini, belum ada sebarang kesahihan atau kenyataan rasmi berhubung ‘penemuan’ netizen melibatkan seseorang yang dikaitan menjadi punca kematian calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Sekolah Menengah Jati.

Kredit foto: Sinar Harian

Terdahulu, pelajar tingkatan lima, Muhammad Zaharif Affendi Muhd. Zamrie, 17, meninggal dunia selepas motosikal yang ditunggangi dilanggar dari belakang oleh seorang lelaki didakwa sebagai pegawai kanan polis.

Apa yang membuatkan ramai emosi adalah tindakan pelaku yang hanya melihat sahaja arwah terlantar sehingga 40 minit tanpa menghulurkan bantuan sebelum dilaporkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Sumber: X mynewshub, Telegram Edisi Siasat

The post Bukan kes pertama? Tular dakwaan pelaku langgar Zaharif pernah tolak wanita hamil appeared first on Oh My Media.

from Oh My Media https://ift.tt/go2vi6U
sumber : ohmymedia.cc

No comments