Foto tak berhijab? Netizen persoal Fathia Latiff – “Kata nak syahid kat Palestin”
Pelakon sensasi Fathia Latiff sekali lagi meraih tumpuan netizen selepas memuat naik foto terbaharu memaparkan dirinya dipercayai tidak berhijab.
Menerusi satu perkongsian di Instagram, pelakon berusia 36 tahun itu telah berkongsi sekeping foto memperlihatkan penampilan hanya memakai topi.
Malah, telinga dan rambutnya juga jelas kelihatan dalam foto tersebut disamping menunjukkan aktress itu dipercayai berada di sebuah restoran.
Ini kerana kapsyen pada foto itu juga menyatakan bahawa dia sememangnya sedang menikmati makan malam seorang diri di luar.
“Makan malam seorang hari ini. Bibik tinggal di rumah jaga anak,” katanya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengecam tindakan aktress tersebut memuat naik gambar dengan penampilan berkenaan.
Dalam pada itu, ada juga yang mempersoalkan Fathia yang sebelum ini menyatakan hasrat untuk syahid di Palestin sekali gus percakapannya kurang sesuai dengan tindakan.
Foto: Xtra
Namun begitu, terdapat juga para peminatnya menitipkan doa agar pelakon drama bersiri Ariana Rose itu untuk kembali istiqamah dalam menutup aurat.
Foto: Xtra
Sebelum ini, Fathia telah membuat satu perkongsian di Instagram menyatakan dia akan ke Gaza pada tahun hadapan sekali gus memohon doa orang ramai mengharapkan syahid di sana.
Terdahulu, Fathia mula berhijab pada tahun 2016 namun tiba-tiba membuka tudung pada tahun 2019 sehingga mengejutkan orang ramai dengan penampilan terbabit.
Ketika ditanya sebab tindakan membuka tudung, aktress itu berkata sebelum ini dia memakai tudung bukan atas kerelaan diri namun hanya mahu membukti sesuatu kepada seseorang.
Namun begitu, Fathia kembali bertudung pada tahun 2020 dan berkata dia sudah sedar akan kesalahannya dahulu dan mahu memperbaiki diri.
Sumber: Instagram Fathia Latiff
The post Foto tak berhijab? Netizen persoal Fathia Latiff – “Kata nak syahid kat Palestin” appeared first on Oh My Media.
from Oh My Media https://ift.tt/g70eTbc
sumber : ohmymedia.cc

Post a Comment