Guna papan iklan ingatkan orang tentang Palestin, Syafiqah Aina dipuji netizen
Usahawan dan pempengaruh media sosial, Syafiqah Aina meraih perhatian netizen selepas guna papan iklan untuk ingatkan orang ramai terhadap rakyat di Palestin.
Menerusi satu perkongsian di Instagram, Aina berkata papan iklan tersebut sepatutnya digunakan untuk mengiklankan produk AINAA Beauty.
Syafiqah Aina guna papan iklan, ingatkan tentang Palestin
“Sepatutnya billboard ini saya gunakan untuk iklankan jenama AINAA supaya orang ramai dapat tahu lokasi kami.
“Bayaran untuk membuat iklan di billboard ini juga agak tinggi,” katanya.
Namun begitu, wanita berusia 29 tahun itu berkongsi bahawa hatinya kuat untuk menggunakan papan tersebut agar orang ramai tidak melupakan konflik di Palestin.
“Tapi tak tahu hati ni kuat sangat nak buat ni. Nak mengingatkan orang ramai supaya tak lupa kepada Palestin lebih baik untuk waktu ini,” ujarnya.
Tambahnya, dia sangat terkesan dengan perkongsian pelbagai video di media sosial berhubung kesengsaraan menimpa rakyat Palestin.
Malah, perkongsian Aina sendiri mengenai negara tersebut turut mengalami kesan kerana penontonnya juga semakin berkurangan.
Artikel lain: Hafidz Roshdi bakal nikah lagi 16 Disember? Shuhada enggan ambil tahu
“Saya sangat terkesan bila tengok video apa yang terjadi di sana, sedih sangat rasa! Saya hargai dan bangga dengan korang yang konsisten kongsi tentang Palestin.
“Jujur, media sosial saya pun terkesan. Ada yang kata tak nampak dah posting saya, jumlah penonton dan lain-lain terkesan sebab setiap hari kongsi tentang Palestin.
“Walaupun saya tahu media sosial penting untuk bisnes dan lain lain tapi buat masa sekarang, ini keutamaan kita,” kongsinya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menyokong dan memuji tindakan Aina menggunakan papan iklan itu sebagai peringatan kepada orang ramai.
Terima kasih AINAA Beauty
Sangat bangga dengan awak!
Semoga Allah banyakkan rezeki
Dalam pada itu, ada juga segelintir netizen yang meninggalkan komen mendoakan Aina dan perniagaan dijalankan supaya sentiasa berjaya.
Doakan Aina dan AINAA Beauty
Saya doakan yang terbaik untuk Aina
Semoga terus maju!
Sekadar info, Aina merupakan isteri kepada pempengaruh Hafiz Mahamad dengan mendirikan rumah tangga November 2017 selepas menjalin cinta selama lima tahun.
Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Raisya Arisa dan Rayqal Arees, masing-masing berumur empat tahun dan satu tahun.
Sumber: Instagram Syafiqah Aina
The post Guna papan iklan ingatkan orang tentang Palestin, Syafiqah Aina dipuji netizen appeared first on Oh My Media.
from Oh My Media https://ift.tt/56EFIxD
sumber : ohmymedia.cc

Post a Comment