Header Ads

Hafidz Roshdi bakal nikah lagi 16 Disember? Shuhada enggan ambil tahu

Bekas isteri kepada Hafidz Roshdi, Shuhada Shukri enggan ambil tahu tentang berita pelakon terbabit yang dikatakan bakal nikah dengan wanita dikenali sebagai Athira Yuhada pada 16 Disember 2023.

Sibuk urus anak2

Memetik laporan dari Hibglam, Shu atau nama sebenarnya, Nurul Shuhada Mat Shukri memaklumkan yang dirinya sibuk menguruskan hal anak-anak dan keluarga sehingga tidak sedar dengan penularan kad jemputan perkahwinan Hafidz.

“Saya tidak tahu (berita perkahwinan) dan memang enggan ambil kisah.
“Saya sibuk dengan kehidupan sendiri dan menguruskan anak-anak.
“Apa pun,saya sangat gembira dan berseronok dengan kehidupan sekarang. Alhamdulillah,” katanya.

Hafidz Roshdi bakal nikah dengan Athira Yuhada?

Sejak semalam, nama Hafidz Roshdi kembali menjadi bualan apabila tersebarnya satu jemputan perkahwinan yang tertera namanya dengan wanita yang dikatakan menjadi punca rumah tangganya bersama Shuhada musnah.

Walau bagaimanapun, kesahihan khabar angin berkenaan belum dapat dipastikan memandangkan tiada sebarang kenyataan rasmi dari pihak Hafidz dan keluarga.

Artikel lain: Kemelut rumah tangga selesai, Hafidz Roshdi & isteri sah cerai talak satu!

Untuk rekod, pelakon filem Pusaka ini pernah mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 serta dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan Umar, 2.

Namun, pada 26 Julai 2023, mereka sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam disebabkan kontroversi adanya orang ketiga dan dakwaan mencederakan isteri awal tahun ini.

Sumber: Hibglam (Nur Al-Fairuza Syarfa Saidi Nor Saidi)

The post Hafidz Roshdi bakal nikah lagi 16 Disember? Shuhada enggan ambil tahu appeared first on Oh My Media.

from Oh My Media https://ift.tt/grHoTE8
sumber : ohmymedia.cc

No comments