Header Ads

Hotel Casuarina @Meru penuh dengan senyuman, ketengah budaya unik rakyat Perak

Bersempena dengan Tahun Melawat Perak 2024, Hotel Casuarina @Meru (HSM), baru-baru ini telah melancarkan Kempen Smiley di Pusat Konvensyen Casuarina yang mengangkat tema ‘Where Hospitality Shines Bright’.

Pengurus Besar Hotel Casuarina @ Meru, Sabrina Ahmad Tah berkata, tema berkenaan dipilih bagi mempamerkan kemeriahan dan kemesraan sambil mengetengahkan unsur-unsur nama panggilan tempatan dalam dialek Perak.

Ia juga sejajar dengan nilai murni yang diterapkan dalam kalangan kakitangan Hotel Casuarina sendiri yang menggambarkan kemesraan rakyat negeri Perak, selain terkenal dalam memberikan hospitaliti kelas pertama kepada pelanggan.

“Kempen Smiley bertujuan untuk menyemarakkan kemesraan dan nilai murni kepada semua tetamu dan pelawat, justeru menghasilkan pengalaman yang positif.
“Ia menonjolkan budaya unik negeri Perak dan mempertingkatkan kualiti perkhidmatan pelanggan Hotel Casuarina @Meru,”ujarnya.

Perak hotel

Tambahnya, keunikan Perak juga terletak pada dialek tempatan yang membuatkan identiti sesebuah komuniti di negeri terbabit ‘luar biasa’ kerana ia mencerminkan sejarah seseorang.

Sebagai contoh, orang Melayu Perak bertutur dalam pelbagai dialek seperti bunyi “e” mirip dengan bunyi “r” dalam Bahasa Perancis dan kebiasaannya boleh ditemui di Perak Tengah iaitu di sekitar Daerah Kuala Kangsar.

Kakitangan Hotel Casuarina @Meru ketengah budaya masyarakat Perak

Begitu jugalah dengan semua kakitangan HCM yang akan memakai lencana butang tertera dengan nama panggilan dalam dialek Perak seperti Yong Siha, Long Jaapor dan sebagainya dalam tempoh satu tahun sepanjang Tahun Melawat Perak 2024.

Ini secara tidak langsung memberi pendedahan dan pengalaman kepada tetamu yang bukan berasal dari Perak bagi menambah pengetahuan mereka dengan keunikan budaya negeri Darul Ridzuan.

“Setibanya pelawat di HCM, mereka akan disambut dengan senyuman mesra dari warga kerja, yang bukan sahaja berperanan sebagai kakitangan hotel, tetapi juga adalah duta kepada kemesraan rakyat negeri Perak.
“Melalui pengalaman ini, para pelawat akan berkongsi dengan khalayak ramai secara lisan, membuat hebahan tidak langsung dalam kalangan rakyat tempatan, dan seterusnya membawa masuk lebih banyak perniagaan untuk negeri Perak,”kongsinya.

Perak hotel

Tambahan pula, negeri Perak merupakan sebuah rantau yang memiliki banyak potensi, baik dari segi sektor perkilangan, pelaburan, pelancongan dan pekerjaan.

Sudah pastinya, ia bakal menjadi salah satu destinasi yang menjanjikan pengalaman unik dan bemakna buat para pelancong dari luar negeri Perak.

Ujar Sabrina, HCM bukan sahaja mempunyai misi untuk memberikan perkhidmatan terbaik, malah bertanggungjawab dalam membawa imej dan semangar budaya tempatan Perak,sejajar dengan Tahun Melawat Perak 2024.

Pihaknya juga yakin Kempen Smiley yang dilancarkan berupaya menerima ulasan positif sebanyak 30% dari tetamu in-house dan walk-in untuk meningkatkan aktiviti pelancongan di Perak.

The post Hotel Casuarina @Meru penuh dengan senyuman, ketengah budaya unik rakyat Perak appeared first on Oh My Media.

from Oh My Media https://ift.tt/CNrb6OL
sumber : ohmymedia.cc

No comments