Header Ads

Pelajar UiTM nafi hidup mewah, video naik Lamboghini cuma konten kolaborasi jenama

Baru-baru ini tular di media sosial berkenaan satu video dikongsi influencer yang juga seorang pelajar UiTM (Universiti Teknologi Mara)  menggunakan kereta jenis Lamboghini serta pergi ke tempat-tempat mewah.

Naik Lamboghini terus!

Perkongsian tersebut telah tular di media sosial terutamanya di aplikasi X memandangkan universiti tempatnya menuntut ilmu  adalah untuk golongan kurang berkemampuan.

Pelajar UiTM tunjuk hidup mewah dikecam

Masing-masing mempertikaikan kehidupan cukup mewah pelajar perempuan terbabit yang mampu untuk menaiki kereta sebegitu dan berbelanja di tempat mahal kerana mengakui dirinya merupakan penuntut universiti sepenuh masa.

Pelbagai kecaman diterima influencer dikenali sebagai Nadzirah Ridzuan itu diruangan X satu akaun yang memuat naik semula video dari aplikasi TikTok pelajar terbabit.

Pelajar UiTM nafi kaya, video cuma konten

Susulan daripada itu, Nadzirah telah membuat siaran langsung di TikTok miliknya yang mempunyai hampir dua ribu follower itu dengan mengatakan yang video terbabit adalah kolaborasi beberapa jenama dan kereta dinaiki itu bukanlah keretanya.

“Berapa kali saya nak cakap. Saya buat kolaborasi, saya buat bisnes, semua yang saya buat adalah benda yang saya nak promosi. Apa yang saya kongsi, dia akan sampaikan kepada ‘target audience’.
“Apa yang saya makan, tempat hotel mana yang saya pergi, barang berjenama apa yang saya beli, semua itu saya jual. Ya, saya memang pelajar sepenuh masa universiti tersebut.
“Kereta mewah itu kolaborasi untuk promosi syarikat tersebut. Kemudian makanan pun saya ditaja, cumanya saya satukan semuanya menjadi video gaya hidup,” jelasnya.

Artikel lain: Samakan wajah guru dengan suspek bunuh pelajar SPM, cikgu tenang bagi nasihat

Terdahulu, video yang dikongsikan semula akaun X eepyjjun berkenaan kehidupan mewah pelajar terbabit telah mendapat kecaman netizen.

Hal ini disebabkan tindakannya menayang kehidupan setara T20 sedangkan dia menuntut di universiti awam dengan bayaran yuran antara terendah di Malaysia.

Sumber: X eepyjjun, TikTok Nadzirah Ridzuan

The post Pelajar UiTM nafi hidup mewah, video naik Lamboghini cuma konten kolaborasi jenama appeared first on Oh My Media.

from Oh My Media https://ift.tt/Tpvj9CS
sumber : ohmymedia.cc

No comments