Header Ads

‘Influencer’ dakwa suami curang, dah bertahun ditalak tiga? – “Baru tahu kegiatan jijik dia”

Pempengaruh media sosial (influencer), Hajar Hanif mendakwa bahawa perkahwinannya bersama Mikhail Isaaq sudah lama berakhir atas lafaz taklik ditalak tiga.

Menerusi satu perkongsian video di TikTok, difahamkan Hajar ‘menerjah’ suaminya yang didakwa membawa wanita lain ke dalam rumah mereka.

‘Influencer’ ditalak tiga

@hajarhaniff

Assalamualaikum semua, innalillahiwainnailaihirajiun. Tak pernah sangka ini takdir i. Dan lebih parah, kegiatan si dia ni dah bertahun tahun. Dan dah bertahun i sebenarnya dah jatuh talak 3 .Tapi i baru sahaja tahu beberapa harini Macamana boleh jatuh talak 3? Si dia pernah lafaz disaat selepas kantoi kegiatannya setelah 1-3bulan bernikah pada tahun 2017, dia berlaku curang & berbukti kukuh, i nak meninggalkan si dia & dirayu untuk menerimanya kembali . Atas sebab cinta & sayang ,i menerimanya kembali. I Dijanjikan & dilafaz “kalau i curang, ada nafsu pada mana mana perempuan, ada perasaan suka, cubaan flirt atau apa apa berkaitan perempuan lepasni, kita jatuh talak 3” Dan i dengan naifnya berpegang kepada apa yang dilafaz itu & percaya sidia akan sentiasa setia & menyayangi i dengan tulus ikhlas seperti yang dilihat di social media sehinggalah diketahui beberapa hari lepas bahawa kegiatan jijiknya tentang wanita sudah dilakukan bertahun tahun lamanya Hal ini menyebabkan hidup saya trauma & kesihatan saya merosot . Pihak dia mengugut untuk mendapatkan hak penjagaan anak setelah kantoi kegiatan haram yang dilakukan secara bertahun tahun lamanya & masih play victim. I minta tolong sangat supaya sesiapa yang pernah teraniaya & pernah menjadi mangsa si dia (seks atau sebagainya) untuk tampil memberitahu i kegiatannya yang lain yang mungkin belum diketahui Sesiapa yang pernah nampak si dia ke club malam , mabuk & bersama perempuan, tolong sangat share pada hajar di dm. Sebab hajar dah dapat beberapa bukti dari dm. Kalau ada bukti gambar lebih baik. Dia mengugut untuk mengambil anak & pastikan i takdapat hak penjagaan anak anak Ini terlalu kejam. Hati i hancur sehancurnya. Tolong i korang, if ada evidence, give it to me😢 And comment here Btw terima kasih sangat pada team @amnazhan kerana sedia membantu i yang teraniaya. I yang mencari am, bukan am yang cari i. I membawa team kerana risaukan keselamatan i jika ada kekerasan digunakan terhadap i. Rupanya mereka juga teraniaya dalam beberapa hal. I dah tengok bukti yang mereka ada😭 tapi cukup baik kerana belum bongkarkan

♬ original sound – Hajar hanif – Hajar hanif

Pada masa yang sama, Hajar juga mendedahkan suaminya yang berusia 28 tahun itu pernah mengasarinya sambil berkata-kata kesat ketika hamil sebelum ini.

Kapsyen video tersebut pula menceritakan perjanjian pasangan tersebut pada awal pernikahan dan sebab mengapa jatuh lafaz taklik cerai talak tiga.

Artikel lain: Adira Suhaimi fail cerai kali kedua terhadap Datuk Red

Menurutnya, Mikhail pernah curang beberapa bulan selepas mereka bernikah pada 2017 namun setelah merayu untuk kembali, akhirnya Hajar memberikan suaminya peluang kedua.

Selepas diterima kembali, Mikhail membuat lafaz taklik talak tiga yang mana ia akan terjatuh sekiranya dia mendekati mana-mana perempuan lain.

“Kalau saya curang, ada nafsu pada mana-mana perempuan, ada perasaan suka, cubaan mengurat atau apa-apa berkaitan perempuan lepas ini, kita jatuh talak tiga,” kata Mikhail seperti ditulis Hajar.

Namun begitu, Hajar mendakwa suaminya itu masih lagi seorang ‘kaki perempuan’ dan perbuatannya itu sudah berlangsung selama bertahun-tahun selepas perjanjian berkenaan.

Dalam erti kata lain, hubungan suami isteri itu didakwa sudah lama berakhir tetapi wanita terbabit hanya mengetahui perkara itu sejak beberapa hari lalu.

Video berdurasi seminit 40 saat itu juga memaparkan Hajar tidak berpuas hati sekali gus bertanyakan soalan mengenai statusnya sebagai isteri kepada Mikhail.

“Sebenarnya saya bukan isteri awak dari tahun berapa?” ujarnya.

Walau bagaimanapun, Mikhail tidak menjawab soalan tersebut dan cuba untuk menukarkan isu yang mereka sedang bincangkan.

Selepas ‘menerjah’ suaminya di kediaman sendiri, Hajar mendakwa dia diugut pula oleh lelaki berkenaan berhubung hak penjagaan anak-anak.

Dalam pada itu, Hajar memohon agar mana-mana individu yang pernah ‘dianiaya’ oleh Mikhail untuk tampil menghubunginya bagi memberikan bukti kegiatan suaminya itu selama ini.

“Ini terlalu kejam. Hati i hancur sehancurnya. Tolong saya korang, kalau ada bukti, serahkan pada saya,” katanya.

Sumber: TikTok & Instagram Hajar Hanif

The post ‘Influencer’ dakwa suami curang, dah bertahun ditalak tiga? – “Baru tahu kegiatan jijik dia” appeared first on Oh My Media.

from Oh My Media https://ift.tt/ToIZE4S
sumber : ohmymedia.cc

No comments