Header Ads

Datuk Red mahu selamatkan rumah tangga, tapi Adira kekal ingin berpisah – Peguam

Peguam syarie, Muhammad Akmal Amzan yang mewakili usahawan Datuk Seri Adnan Abu mengesahkan tiada persefahaman menjadi punca penyanyi Adira Suhaimi memfailkan perceraian terhadap suaminya.

Memetik laporan Utusan, permohonan perceraian terhadap Adnan atau lebih dikenali sebagai Datuk Red merupakan yang kedua difailkan oleh penyanyi berusia 32 tahun itu.

Muhammad Akmal berkata, Adira memfailkan perceraian pada 25 Oktober lalu namun Datuk Red enggan menerima permohonan tersebut.

Jelasnya, Datuk Red menolak kerana mahu selamatkan rumah tangga mereka tetapi Adira kekal dengan keputusannya untuk berpisah.

“Saya tidak boleh bercerita banyak namun apa yang boleh dikongsikan permohonan perceraian dilakukan kerana tiada persefahaman.
“Memang Datuk Red ingin menyelamatkan rumah tangga namun Adira kekal dengan keputusannya untuk berpisah,” katanya.

Datuk Red mahu selamatkan rumah tangga

Ketika sebutan kes di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, Rawang semalam, Adira melantik kakaknya Emma Suhaimi sebagai wakil untuk proses Jawatankuasa Pendamai (JKP).

Artikel berkaitan: Adira Suhaimi fail cerai kali kedua terhadap Datuk Red

Sementara itu, Datuk Red pula gagal membawa calon bagi JKP dengan alasan mempunyai urusan yang tidak dapat dielakkan.

“Hari ini (semalam) sepatutnya berlangsung proses Jawatankuasa Pendamai (JKP) cum Datuk Red maklumkan pagi tadi (semalam) bahawa dia ada urusan.
“Hakmi ada menasihatinya untuk hadir ke mahkamah pada sesi akan datang demi memastikan proses JKP berjalan lancar.
“Difahamkan, dia ada hadir pada sesi sidang akan datang yang dijadualkan berlangsung pada 18 Disember ini,” ujarnya.

Untuk rekod, Adira bernikah dengan Datuk Red di Songkhla, Thailand sebagai isteri kedua pada 3 Disember 2015 dan dikurniakan empat cahaya mata.

Empat tahun selepas bernikah, Adira atau nama penuhnya Siti Adira Suhaimi pernah memfailkan perceraian terhadap Datuk Red pada 1 April 2019 namun menarik balik permohonan itu atas sebab mahu memberikan suaminya peluang.

Sumber: Utusan (Wafa Aula), Instagram Adira Suhaimi

The post Datuk Red mahu selamatkan rumah tangga, tapi Adira kekal ingin berpisah – Peguam appeared first on Oh My Media.

from Oh My Media https://ift.tt/eTfCoE5
sumber : ohmymedia.cc

No comments