Header Ads

Isteri pelaku mohon maaf – “Suami memang panas baran, tak boleh dengar orang rem motor”

Isteri kepada pegawai kanan polis yang dipercayai terbabit dalam kemalangan melanggar pelajar tingkatan lima, Muhammad Zaharif Affendi Muhd. Zamrie, 17, di Jalan Taman Jati dekat Meru, semalam, sehingga meninggal dunia mohon maaf kepada keluarga mangsa.

Isteri pelaku mohon maaf kepada keluarga mangsa

Perkara itu dikongsikan oleh kakak mangsa, Nur Zawanie Muhd. Zamrie, 28, dengan mengatakan wanita terbabit berkata demikian ketika berada di lokasi kejadian.

Nur Zawanie berkata, isteri suspek mohon maaf atas tindakan dan sikap suaminya yang panas baran disebabkan tidak boleh mendengar bunyi ekzos motor.

“Isteri dia ada berjumpa dengan saya sewaktu di tempat kejadian, datang memohon maaf. Ini verbally, isteri dia cakap dekat saya.
“Maaf, minta maaf. Suami saya memang panas baran, tak boleh dengar orang rem (ekzos) motor,”kata isteri suspek kepada kakak mangsa.

mohon maaf

Bagaimanapun, suspek yang turut berada di lokasi kejadian hanya diam membisu selain langsung tidak meminta maaf kepada keluarga.

“Semasa itu saya sampai, saya memang nampak pelakunya di situ. Si pelaku tidak ada menawarkan apa-apa pertolongan, nak telefon ambulans ke, nak memohon maaf ke, atau nak mengaku, tiada.
“Memang dekat situ ramai yang dengar, saya dan ayah saya dengar dan orang di situ pun dengan yang lelaki itu (pelaku) mengatakan dia polis seperti yang ditularkan. Saya kesal kerana kejadian itu melibatkan seorang pegawai polis,”luahnya.

Berkongsi lanjut, Nur Zawanie yang juga jururawat berkata, adiknya masih lagi sedar dan boleh bercakap sedikit sewaktu dia tiba di lokasi kejadian. Namun, adik bongsunya itu dilihat mengalami sesak nafas.

Tak profesional!

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet tidak berpuas hati dengan alasan yang diberikan oleh isteri pelaku dengan mengatakan dia tidak boleh mendengar bunyi ‘rem’ motosikal.

Bukan itu sahaja, mereka juga menyifatkan suspek  tidak profesional lebih-lebih dia seorang pegawai kanan polis yang berdepan dengan perangai remaja.

mohon maaf mohon maaf mohon maaf

Artikel lain: Lelaki blazer merah mohon maaf, tiada masalah dengan orang Sabah

Sebelum ini, tular mengenai kemalangan membabitkan sebuah motosikal jenis Yamaha ditunggang Muhammad Zaharif Affendi dengan sebuah kereta Perodua Ativa dipandu lelaki berusia 44 tahun.

Difahamkan, kejadian berlaku apabila pemandu kereta terbabit tidak berpuas hati dengan mangsa kerana membuat bunyi bising ekzos motosikal.

Suspek yang seorang pegawai kanan polis itu telah mengejar mangsa sejauh lebih kurang satu kilometer dan melanggarnya dari belakang.

Akibat pelanggaran itu, mangsa terjatuh dari motosikal dan diseret kenderaan berkenaan sebelum kakaknya, Nur Zawanie datang dan memberi rawatan awal kepada adiknya.

Sumber: Instagram @buletintv3

The post Isteri pelaku mohon maaf – “Suami memang panas baran, tak boleh dengar orang rem motor” appeared first on Oh My Media.

from Oh My Media https://ift.tt/DqHAh3I
sumber : ohmymedia.cc

No comments