Header Ads

Jom Simpan SSPN sebelum 2024! Rebut peluang pelepasan cukai hingga RM8,000

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menyarankan orang ramai merebut peluang pelepasan taksiran cukai pendapatan Skim Simpanan Pendidikan Nasional (Simpan SSPN) sebelum 31 Disember ini.

Pengerusi PTPTN, Datuk Norliza Abdul Rahim berkata, pelepasan taksiran cukai pendapatan ke atas simpanan bersih sehingga RM8,000 setahun merupakan insentif istimewa kepada pendeposit kerana manfaat tersebut menjadikan Simpan SSPN satu-satunya produk memberikan kelebihan berbeza berbanding simpanan lain.

Bukan itu sahaja, mereka juga akan menerima manfaat seperti perlindungan takaful ke atas pendeposit, Geran Sepadan sehingga RM10,000 untuk satu keluarga yang layak, kadar dividen yang kompetitif, simpanan yang dijamin kerajaan dan patuh syariah.

Simpan SSPN

Maklumnya, ibu bapa sebagai pendeposit Simpan SSPN layak mendapat pelepasan taksiran cukai pendapatan ke atas simpanan sehingga RM8,000 setahun setiap seorang sekiranya membuat taksiran cukai secara berasingan.

Manakala, ibu bapa sebagai pendeposit yang membuat taksiran cukai bersama layak mendapatkan pelepasan taksiran cukai sehingga RM8,000 setahun untuk satu pasangan.

“PTPTN sentiasa komited melaksanakan pelbagai insentif bagi memastikan ibu bapa mempunyai perancangan kewangan untuk masa depan anak-anak mereka.
“Dengan memperkenalkan Simpan SSPN, kita telah membuka ruang dan peluang kepada ibu bapa untuk memulakan penabungan khususnya bagi tujuan pendidikan dan memupuk amalan menabung dari awal usia anak-anak,”ujarnya.

Simpan SSPN

Sebelum ini, PTPTN telah memperkenalkan ia pada tahun 2024 untuk menggalakkan ibu bapa membuat perancangan kewangan bagi tujuan pendidikan anak-anak mereka.

Sehingga 30 November 2023, deposit yang diterima adalah berjumlah RM16.38 bilion dengan sebanyak 6.18 juta akaun direkodkan.

Ini jelas menunjukkan Simpan SSPN menjadi pilihan utama masyarakat Malaysia untuk membuat penabungan bagi tujuan pendidikan tinggi anak bangsa pada masa akan datang.

Dalam pada itu, Norliza turut menyeru orang ramai untuk segera membuat simpanan dalam Simpan SSPN sebelum 31 Disember ini bagi menikmati insentif pelepasan taksiran cukai pendapatan sehingga RM8,0000 setahun bagi tahun taksiran 2023.

“Saya juga amat berterima kasih kepada Kerajaan kerana telah melanjutkan insentif pelepasan taksiran cukai ini kepada pendeposit Simpan SSPN sehingga tahun taksiran 2024,”ujarnya lagi.

Selain itu, PTPTN turut mengadakan Kempen Cabutan WOW! Simpan SSPN 2023 yang akan berakhir pada 31 Disember 2023.

Difahamkan, pelbagai hadiah lumayan ditawarkan seperti hadiah tunai hampir RM500,000 untuk 138 orang pemenang.  Ini sebagai tanda penghargaan kepada pendeposit Simpan SSPN dan menggalakkan penabungan dalam kalangan masyarakat Malaysia.

Tunggu apa lagi? Jom buka akaun Simpan SSPN sekarang! Pendeposit juga boleh membuat penambahan simpanan secara dalam talian melalui aplikasi myPTPTN dengan lebih mudah, cepat dan selamat.

Sila layari portal rasmi PTPTN www.ptptn.gov.my untuk mendapatkan maklumat selanjutnya.

The post Jom Simpan SSPN sebelum 2024! Rebut peluang pelepasan cukai hingga RM8,000 appeared first on Oh My Media.

from Oh My Media https://ift.tt/bCvgZ2i
sumber : ohmymedia.cc

No comments