Kenal sejak 14 tahun lalu, Hafidz Roshdi kongsi foto lama dengan isteri baharu
Pelakon Hafidz Roshdi sekali lagi menarik perhatian netizen selepas kongsi foto lama dengan isteri baharu disamping menyatakan mereka sudah berkenalan selama 14 tahun.
Menerusi satu perkongsian di Intagram, Hafidz telah memuat naik satu video memaparkan gambar-gambar lama bersama isteri baharunya itu yang berakhir dengan penyatuan mereka.
Muat naik itu adalah bukti kepada hubungan persahabatan mereka yang telah bermula sejak mereka masih berada di bangku sekolah lagi.
Dalam video itu juga, pelakon berusia 29 itu juga berkata bahawa dia dan isterinya telah berkenalan sejak tahun 2009 ketika usia 15 tahun.
“Kitorang mula berkenalan 2009, masa tingkatan 3. Kejap je masa berlalu. Sekarang dah 2023, 14 tahun kitorang kenal,” katanya.
Selesai sahaja berkata demikian, video berdurasi satu minit 11 saat itu menunjukkan pula gambar Hafidz dan Athira melakukan aktiviti sekolah bersama-sama.
Artikel lain: Tahniah! Hafidz Roshdi & Athira Yuhada kini sah bergelar suami isteri
Gambar tersebut memaparkan Athira masih belum mengenakan hijab namun Hafidz mengambil langkah menutup aurat isterinya itu sebelum membuat hantaran tersebut.
Hafidz Roshdi kongsi foto lama dengan isteri baharu
Namun begitu, Hafidz telah menutup ruangan komen video itu berkemungkinan mengelak daripada mendapat kecaman daripada netizen.
Bagaimanapun, setelah membuat tinjauan ke X, rata-rata netizen mengecam tindakan aktor itu yang memuat naik video tersebut, seperti membuktikan lagi kecurangannya selama ini.
Hafidz Roshdi kongsi foto lama dengan isteri baharu. Maksudnya betul la bukti curang tu!
Dalam pada itu, ada juga yang membuat perkongsian di X menyatakan ketidakselesaan mereka terhadap hantaran Hafidz berkenaan video tersebut.
Geli lah…
Nak muntah tengok!
Malahan, ada juga warganet yang mendakwa aktor drama Melastik Ke Hatimu 2 itu kurang waras kerana berani membuat perkongsian sebegitu selepas terpalit kontroversi memukul bekas isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri.
Berani dia post video memory dengan Athira?
Sah ada masalah
Dalam pada itu, ada juga segelintir warganet yang menyatakan rasa simpati mereka terhadap Nur Shuhada dan anak-anaknya atas perbuatan Hafidz.
Kesian kat ex wife dan anak-anak
Bagaimanapun, masih ada netizen yang memihak kepada Hafidz dan berkata aktor itu berhak untuk mendapatkan kebahagiaan dan peluang kedua.
Dia berhak untuk gembira….
Sekadar info, perkahwinan bersama Athira yang berlangsung Jumaat lalu merupakan perkahwinan kedua Hafidz selepas sah bercerai dengan Nurul Shuhada pada Julai lalu.
Hasil daripada perkahwinan bersama Nurul Shuhada, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Humairah dan Umar masing-masing berusia enam dan tiga tahun.
Sumber: Instagram Hafidz Roshdi, X
The post Kenal sejak 14 tahun lalu, Hafidz Roshdi kongsi foto lama dengan isteri baharu appeared first on Oh My Media.
from Oh My Media https://ift.tt/mQJKyFx
sumber : ohmymedia.cc

Post a Comment