Transformasi politeknik tingkat pasaran kerja, Ahmad Zahid ucap tahniah kepada KPT
Umum mengetahui bidang Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) menjadi rebutan anak muda kerana aspek kemahiran itu dilihat mampu menarik pemain industri ke arah melahirkan graduan berdaya saing.
Transformasi politeknik tingkat pasaran kerja
Ia tidak lengkap tanpa usaha Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) yang merangka pelbagai program TVET bagi pelajar mempraktikkan kemahiran dan pengetahuan sebelum menyumbang tenaga kepada industri.
Susulan itu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengucapkan tahniah kepada KPT atas hala tuju membabitkan perubahan dalam bidang pendidikan negara.
Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Majlis TVET Negara berkata, pihak kerajaan mengalu-alukan langkah proaktif khususnya politeknik berdasarkan kehendak industri.
“Tahniah kepada Menteri KPT, Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin dan kementeriannya yang melakukan hala tuju baharu bagi mendakap perubahan terhadap permintaan pasaran guna tenaga profesional bagi lepasan politeknik.
“Langkah ini dialu-alukan kerana industri telah berubah, maka politeknik antara institusi yang menyediakan pendidikan berlatarbelakang kepada perubahan-perubahan ini,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Majlis Peluncuran Transformasi Politeknik 2023-2030 di Putrajaya, hari ini.
Ketika berucap, Ahmad Zahid menegaskan bahawa kerajaan mengambil berat bagi memperkasakan bidang TVET melalui peruntukan keseluruhan sebanyak RM76.8 bilion di bawah Belanjawan 2024.
“Saya yakin KPT dan semua kementerian yang terlibat dalam menawarkan program pengajian atau latihan berkaitan TVET akan berupaya menterjemahkan sokongan serta komitmen kerajaan ini ke dalam hasil yang menguntungkan negara,” ujarnya.
Sementara itu, KPT akan menaik taraf Politeknik Ungku Omar (PUO) di Ipoh, Perak sebagai politeknik Program Pemacuan Untuk Kecemerlangan (APEX).
Artikel berkaitan: Menteri KPT gesa HPU beri rawatan terbaik buat masyarakat, lahirkan lebih ramai pakar perubatan
Mohamed Khaled berkata, ia adalah satu lonjakan dalam Program Transformasi Politeknik 2023-2030 untuk membangunkan sebuah politeknik APEX.
“Kesemua politeknik di negara kita mesti mempunyai satu penanda aras yang cemerlang untuk diikuti. Malah, adalah penting untuk ekosistem TVET diperkasa dengan kehadiran satu institut teknologi yang unggul dan berdaya saing.
“Pertama, institusi ini akan menawarkan pelbagai program yang lebih advanced dan kompetitif. Kedua, komposisi peringkat pengajian institut teknologi ini akan menyaksikan peningkatan tawaran sehingga 50% program ijazah.
“Kesemua ini disusun ke arah mengembangkan politeknik APEX ini menjadi sebuah Institut Teknologi,” katanya ketika berucap pada majlis sama.
Pada masa sama, beliau berkata KPT akan menjayakan lima strategi dalam memastikan kerjasama politeknik dengan pihak industri lebih inovatif antaranya memanfaatkan Badan Koordinasi TVET Kerajaan-Industri atau Government-Industry TVET Coordination Body (GITC) sebagai platform khusus yang akan merancakkan hubungan serta kerjasama Kerajaan, industri dengan institusi TVET.
“Kementerian yakin dengan kekuatan lebih 10 persatuan yang bernaung di bawah badan ini, ekosistem TVET negara akan lebih selari dengan perkembangan industri.
“Apatah lagi, setakat ini, lebih daripada 50 persatuan industri mewakili 10,000 syarikat telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan GITC,” ujarnya.
The post Transformasi politeknik tingkat pasaran kerja, Ahmad Zahid ucap tahniah kepada KPT appeared first on Oh My Media.
from Oh My Media https://ift.tt/oKTgh21
sumber : ohmymedia.cc

Post a Comment