Beli guna baucar, wanita dakwa diperli pekerja kedai barang kemas terkenal
Baru-baru ini, tular video mengenai seorang wanita mendakwa diperli pekerja sebuah kedai barangan kemas jenama terkenal kerana menggunakan baucar diskaun.
Menerusi satu hantaran di TikTok @abnormina, wanita itu berkongsi pengalamannya diperli kerana menggunakan baucar diskaun untuk membeli barang kemas bersama rakannya.
@abnormina
Difahamkan, wanita tersebut bersama rakan baiknya mahu membeli cincin persahabatan atau ‘bestie ring’ di kedai jenama antarabangsa itu.
“Ini kisah macam mana saya dan rakan saya dapat layanan yang teruk di kedai barangan kemas terkenal.
“Kami datang ke sana untuk beli cincin persahabatan dan kami dapat baucar potongan RM50 dari sebuah pasar raya.
“Bila lagi orang nak bagi baucar RM50 kan?” katanya.
Menurut wanita berkenaan, mereka bertanya kepada pekerja lelaki mengenai barang kemas yang boleh dibeli menggunakan baucar tersebut.
Sebaik mengajukan soalan, wanita itu mendakwa pekerja terbabit bertindak memerlinya dengan bertanya semula adakah mereka menggunakan baucar.
“Kami tanya barang apa kami boleh beli guna baucar dan dia tanya ‘oh, korang guna baucar?’,” ujarnya.
Kongsi wanita itu, pekerja tersebut berkali-kali bertanyakan bagaimana mereka boleh mendapatkan baucar berkenaan dari pasar raya.
Gambar hiasan
Pada masa sama, rakannya turut bertanya sama ada barang kemas jenis perak boleh berkarat sebelum pekerja itu didakwa menjawab dengan nada menjengkelkan.
Bukan itu saja, @abnormina mendakwa pekerja terbabit juga bertanyakan soalan peribadi seperti tempat tinggal dan pekerjaan mereka.
“Dia tanya adakah kami bekerja di bahagian kewangan dalam syarikat. Saya jawab iya walaupun sebenarnya tidak dan dia cakap ‘oh patutlah’.
“Dia maksudkan apa bila cakapa macam tu?,” katanya.
Pada akhir pembelian, dia dan rakannya mendaftar menjadi ahli kepada jenama terkenal itu walaupun pada awalnya mahu menolak.
Namun disebabkan faedah yang ditawarkan iaitu pemotongan sebanyak 20% pada hari lahir, kedua-duanya bersetuju untuk mendaftarkan keahlian.
Walau bagaimanapun, wanita berkenaan mengaku dia tidak akan datang ke cawangan dalam pusat beli-belah di Kuala Lumpur itu lagi sebaliknya akan menggunakan baucar hari lahir di cawangan lain.
Sumber: TikTok @abnormina
The post Beli guna baucar, wanita dakwa diperli pekerja kedai barang kemas terkenal appeared first on Oh My Media.
from Oh My Media https://ift.tt/aXv5DcC
sumber : ohmymedia.cc

Post a Comment