Header Ads

Anggap dah tak relevan, wujud petisyen minta DJ Lin letak jawatan?

Satu petisyen meminta DJ Lin letak jawatan telah diwujudkan oleh seseorang dikenali sebagai Mohd Faizal Legacy susulan daripada kontroversi yang berlaku baru-baru ini.

Tak relevan, mahukan perubahan

Memetik laporan dari Utusan Malaysia, petisyen tersebut memaklumkan yang mereka percaya bahawa penyampai radio Suria FM itu sudah tidak relevan lagi kepada pendengar.

“Kami percaya bahawa DJ Lin dari Suria FM sudah tidak lagi relevan dan kami merasakan perubahan diperlukan.” tulis petisyen berkenaan.

Petisyen minta DJ Lin letak jawatan

Gesaan tersebut termasuklah menghentikan sekali program kendalian penyampai radio berkenaan dikenali sebagai Suria Cinta yang bersiaran pada Ahad hingga Jumaat jam 8 malam hingga 1 pagi.

Dalam pada itu, petisyen berkenaan juga turut menyenaraikan kegagalan DJ Lin atau nama sebenarnya, Roslinda Abd Majid, 49, sebagai Pengurus Besar Suria FM serta berharap agar dia turut meletak jawatan sebagai penyampai radio.

“Menurut data terkini, ada penurunan mendadak dalam jumlah pendengar stesen ini (Sumber: Laporan Penyiaran Malaysia).
“Oleh itu, kami menggesa pihak pengurusan Suria FM untuk mempertimbangkan permintaan kami agar DJ Lin meletakkan jawatannya
“Sila tandatangan petisi ini jika anda setuju dengan pendapat kami,” ujarnya.

Sasar 100 tanda tangan untuk petisyen gesa DJ Lin letak jawatan

Sejak petisyen berkenaan diuar-uarkan, sudah lebih separuh menandatanganinya memandangkan sasaran asal adalah 100 individu.

Difahamkan, petisyen terbabit wujud selepas kontroversi melibatkan bekas penyampai radio Suria FM iaitu Tyzo Xander yang dipercayai diberhentikan perkhidmatan tanpa kerelaan.

Ramai yang mengaitkan DJ Lin sebagai sebab utama mengapa Tyzo ditamatkan kontrak memandangkan ada video tular penyampai radio berkenaan mengucapkan ‘terima kasih atas penganiayaan’ terhadap seseorang yang berada di konti ketika hari terakhirnya di Suria FM.

Sumber: Utusan Malaysia 

The post Anggap dah tak relevan, wujud petisyen minta DJ Lin letak jawatan? appeared first on Oh My Media.

from Oh My Media https://ift.tt/hJ46YKS
sumber : ohmymedia.cc

No comments