Fitnah & tiada bukti kukuh! Farah Lee nafi dakwaan hutang arwah bapa RM130k
Pempengaruh dan aktivis terkenal, Farah Lee tampil nafi semua dakwaan berhubung hutang arwah bapanya bernilai RM130,000 yang sebelum ini tular di aplikasi X.
Farah Lee nafi dakwaan hutang, gagal kemuka bukti kukuh
Mewakili keluarga, pemilik nama Nurfarahin Romli berkata, mereka mengakui pihak berkenaan ada menuntut hutang yang dikatakan telah dibuat pada tahun 2017.
Bagaimanapun, Farah Lee sekeluarga mempertikaikan jumlah hutang yang dituntut pihak berkenaan kerana tiada sebarang bukti kukuh dikemukakan kepada mereka.
“Sehingga kini, tidak ada sebarang bukti bertulis mahupun tidak bertulis serta tidak ada sebarang saksi yang berjaya dikemukakan kepada kami, melainkan khabar angin semata-mata.
“Jadi, kami sekeras-kerasnya menolak sebarang pertuduhan ke atas kami, terutama sekali ke atas arwah ayah kami.
“Semua kenyataan yang dibuat, ditokok tambah dan ditujukan adalah tidak benar dan kami menafikan sekeras-kerasnya,”jelasnya dalam kenyataan dimuat naik di Instagram.
Dalam pada itu, Farah Lee yang juga bekas isteri kepada pengacara Ally Iskandar berkongsi beberapa tangkap layar dakwaan yang dimuat naik individu berkenaan berserta penjelasan.
Tegasnya, tiada sebarang bukti kukuh dikemukan oleh pihak berkenaan dan dakwaan yang menyentuh karier telah menjejaskan reputasi diri dan organisasi serta syarikat terlibat.
Malah, Farah turut berkongsi tangkap layar perbualan bapa pihak berkenaan dengan kakaknya pada tahun 2017 dengan menyatakan mereka sedia berjumpa untuk berbincang.
Farah berkata, mereka juga tidak pernah berjanji untuk melunaskan dakwaan hutang tersebut kerana pihak berkenaan gagal mengemukakan bukti kukuh. Bagaimanapun, mereka terbuka untuk berjumpa dan berbincang.
Tegas Farah lagi, pihaknya telah bersedia untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas semua pihak terlibat dalam penyebaran fitnah.
Ini termasuklah saman fitnah bagi mendapatkan ganti rugi terhadap kerosakan imej dan reputasi mereka serta gangguan yang diterima terutama dirinya seorang figura awam.
Beliau juga menuntut semua pengguna-pengguna akaun Twitter, Facebook serta Instagram termasuklah semua landasan media untuk memadam segala kenyataan yang bersifat fitnah dan tidak benar yang telah dibuat, ditokok tambah, disebarkan serta ditujukan kepadanya secara langsung atau tidak langsung dengan kadar segera dalam tempoh 24 jam dari kenyataan ini dibuat.
Permohonan maaf dari Oh My Media
Oh My Media ingin memohon maaf secara terbuka kepada Farah Lee sekeluarga berhubung penyebaran maklumat yang tidak tepat dan fitnah terhadap mereka.
Dakwaan tersebut diambil dari sumber aplikasi X Izyan @Sunwoobest_boy yang bersifat fitnah dan tidak benar yang ditujukan kepada Farah Lee dan keluarga.
Pihak kami juga telah memadam dan menurunkan artikel berkenaan di semua platform media sosial.
Sumber: IG @farahlee_
The post Fitnah & tiada bukti kukuh! Farah Lee nafi dakwaan hutang arwah bapa RM130k appeared first on Oh My Media.
from Oh My Media https://ift.tt/t2HrWUY
sumber : ohmymedia.cc

Post a Comment