Pemilik Bezza sangkal kenyataan Perodua, isu kereta rosak belum ada penyelesaian
Pemilik kereta Perodua Bezza, Nagakanni Subramaniam menyangkal kenyataan pihak Perodua selepas syarikat itu memberikan maklum balas, semalam.
Menerusi satu perkongsian di Facebook, Nagakanni berkata walaupun Perodua sudah memberikan jawapan berhubung kerosakan keretanya, namun masalah utama tetap belum selesai.
“Perodua dah jawab, tapi masih tiada solusi,” katanya.
Dia menjelaskan, Perodua hanya memberikan penyelesaian sama ada perlu membeli kereta kedua selain membuat pinjaman atau ‘loan’ kereta buat kali kedua.
Malah, wanita berusia 31 tahun itu turut mempersoalkan sekiranya Perodua ada menyediakan tawaran untuk dia membeli semula keretanya selain tidak perlu membayar pinjaman kereta pertamanya.
“Solusi Perodua adalah untuk saya beli kereta kedua dengan cara mengemukakan pinjaman kereta kedua.
“Ada jaminan secara hitam putih tak yang kata kereta pertama saya akan dibeli semula dan saya tak perlu bayar pinjaman pertama? Takde.
“Dah lebih dua bulan masih belum ada apa-apa maklumat secara terperinci mengenai pembelian balik, tempoh pembelian balik, pembayaran pinjaman dan semua itu.
“Isunya mudah. Saya beli kereta dengan Perodua, enjin rosak kononnya sebab ada material asing seperti gula. Saya tak dapat replacement kereta baharu dan saya masih kena bayar kereta itu setiap bulan,” katanya.
Sementara itu, Nagakanni juga berkata sekiranya pihak Perodua mahu membeli keretanya, dia amat mengalu-alukan namun dia masih menunggu surat hitam putih daripada syarikat berkenaan.
“Kalau betul Perodua kata nak beli kereta saya, silakan. Tapi mana hitam putih? Sehingga hari ini saya masih belum ada.
“Jangan buat kenyataan media hanya untuk redakan suasana tapi sebenarnya tak selesaikan pun masalah saya. Saya nak penyelesaian, bukan nak cari gaduh atau viral,” ujarnya.
Sebelum ini, Nagakanni berkongsi di Facebook mengenai Perodua Bezza miliknya mengalami kerosakan dalam tempoh tidak sampai lapan jam selepas dibeli.
Menerusi hantaran tersebut, difahamkan ia sudah berlaku selama lebih dua bulan dan masih tiada jalan penyelesaian daripada Perodua.
Malahan, syarikat itu meminta dia untuk menggantikan dengan kereta baharu atas alasan terdapat benda asing seperti gula dalam enjin Perodua Bezza tersebut.
Selain terpaksa membayar ansuran bulanan sebanyak RM537, pihak penjual berkata hanya boleh memberikan kereta baharu jika dia membuat pinjaman buat kali kedua.
Semalam, Perodua mengeluarkan kenyataan berkenaan isu tersebut bagi menepis dakwaan kononnya tiada tindakan yang diambil oleh pihaknya.
Menurut kenyataan itu, Perodua telah mengambil beberapa langkah untuk menyelesaikan isu terbabit antaranya menawarkan kereta sementara selain pilihan bagi membeli semula kereta berkenaan.
Sumber: Facebook Nagakanni Subramaniam
The post Pemilik Bezza sangkal kenyataan Perodua, isu kereta rosak belum ada penyelesaian appeared first on Oh My Media.
from Oh My Media https://ift.tt/QYaSW8N
sumber : ohmymedia.cc

Post a Comment