Header Ads

Lelaki dakwa CR-V baru dibeli keluar bunyi bising, tapi Honda enggan baiki?

Seorang lelaki tampil dakwa Honda enggan baiki kenderaan Honda CR-V baru dibeli bapanya yang mengeluarkan bunyi bising selepas beberapa minit dibawa keluar dari sebuah pusat pameran kereta di Melaka.

Menerusi satu perkongsian di Facebook, lelaki bernama Ahmad Shah itu berkongsi pada mula bapanya menyangka bunyi tersebut berpunca akibat keadaan jalan yang kurang memuaskan.

Lelaki dakwa Honda enggan baiki CR-V bapanya

“Baru saja membawa keluar dari pusat Honda tersebut, dia terperasan ada bunyi bising yang kuat tapi dia anggap mungkin disebabkan keadaan jalan yang tidak berapa baik,” katanya.

Ahmad berkata, bapanya kemudian mendapati bunyi yang kuat seperti sedang menunggang motosikal itu datang daripada kereta berkenaan.

“Bunyi tersebut hilang apabila kereta berhenti. Ia akan mengeluarkan bunyi yang sangat kuat apabila kereta sedang bergerak saja,” ujarnya.

Artikel lain: “Tak sangka Shukri Yahaya ambil watak macam ni” – Netizen

Bapanya kemudian mengambil keputusan untuk menghantar semula kereta bagi tujuan pemeriksaan, namun Ahmad mendakwa pihak cawangan membaiki bahagian yang tiada kaitan.

“Mereka hanya menukar tombol/kunci pintu tapi kereta masih mengeluarkan bunyi yang sama,” katanya.

Ahmad berkongsi, kereta itu dihantar untuk pemeriksaan kali kedua di cawangan itu sebelum pengurusnya mengesahkan terdapat bunyi tidak normal semasa memandu.

“Mereka maklumkan bahawa kereta tersebut akan dihantar ke Pusat Servis Utama iaitu Honda Malaysia. Ini kerana kata mereka cawangan ini tidak dapat membuat apa-apa tanpa pemeriksaan yang lebih teliti dari Honda Malaysia,” kongsinya.

Selepas beberapa hari berlalu, masih tiada khabar berita daripada pihak Honda menyebabkan bapanya mengambil keputusan untuk menghubungi pengurus cawangan berkenaan.

“Pengurus itu maklumkan bahawa dia sentiasa cuba mendapatkan maklumbalas dan perkembangan dari Honda Malaysia namun setakat ini masih tidak diketahui apa puncanya.
“Agak pelik kerana kereta itu belum cecah sebulan lagi usianya namun tempoh jaminan daripada Honda seperti sudah tamat berpuluh tahun.
“Ayah kemudian berhubung dengan Ketua Perkhidmatan Pelanggan Honda Malaysia yang memaklumkan kes ini akan dirujuk semula dan diselesaikan oleh pihak cawangan,” ujarnya.

Ahmad mendakwa, rupa-rupanya mengikut laporan dibuat pihak atasan, langsung tidak dinyatakan berhubung bunyi pelik itu sebaliknya hanya terdapat isu berkaitan tayar sahaja.

Apa yang merunsingkan, dia mendakwa pihak Honda telah menutup kes terbabut tanpa melakukan sebarang siasatan lanjut sekali gus menemui jalan buntu.

“Sekarang ayah ada berhubung dengan orang lain dari satu jabatan di sana, dengan nada yang sopan dan baik dia kata dia memahami situasi ayah dan memohon maaf atas kesulitan.
“Sehingga sekarang ayah saya tidak tahu apa yang berlaku dan apa status kereta tersebur kerana masih tiada jalan penyelesaian,” ujarnya.

Sebelum ini, tular kisah seorang pemilik Perodua Bezza mendakwa keretanya mengalami kerosakan dalam tempoh lapan jam selepas dibeli.

Tidak lama kemudian, seorang pemilik Honda HR-V turut tampil berkongsikan kisah yang serupa selepas dua minggu digunakan.

Sumber: Facebook Ahmad Shah

The post Lelaki dakwa CR-V baru dibeli keluar bunyi bising, tapi Honda enggan baiki? appeared first on Oh My Media.

from Oh My Media https://ift.tt/tRY7uqz
sumber : ohmymedia.cc

No comments