Header Ads

“Sekolah hanya membazir masa..”- As’ad Motawh jujur, tak perlu belajar sains ke tahap ‘advance’

Penyanyi kacak, As’ad Motawh mengaku jujur bahawa dirinya tidak suka sekolah dan ia merupakan perkara yang membazirkan masanya.

As’ad Motawh jujur tak suka sekolah, bazir masa

Pemilik nama As’ad Ahmad Muhammad Motawh membuat kenyataan demikian ketika berada pada sesi podcast bersama pempengaruh yang juga usahawan, Azri Walter dan Yousaf.

Dalam sesi podcast tersebut, mereka berbincang mengenai topik sistem persekolahan di mana Azri Walter bertanya kepada As’ad As’ad Motawh mengenai pandangan peribadinya terhadap sekolah.

“As’ad, sekolah ini apa (pandangan kamu)”tanya Azri Walter.

As'ad Motawh sekolah

Kemudiannya, penyanyi berusia 23 tahun itu menjawab kebanyakan masa yang dilakukannya di sekolah ketika masih muda adalah perkara yang membuang masa.

“Bagi saya, ketika saya masih muda… As’ad rasa macam dari segi semua yang saya lakukan ini, kebanyakan masa yang saya lakukan di sekolah adalah membuang masa sebenarnya.
“Secara jujur, benda yang As’ad belajar di sekolah..”jujur As’ad Mowtah ketika menjawab pertanyaan Azri Walter.

As'ad Motawh sekolah

Dalam masa sama, As’ad menyatakan dirinya tidak gentar jika orang ramai tidak sependapat dengan pandangannya kerana ia hanya bersifat peribadi buat diri sendiri.

Sebaliknya, dia hanya menghormati pandangan dan pendapat orang lain juga.

Jelas pelatun lagu Senyum, apa yang dilakukannya tidak mempunyai sebarang kaitan dengan apa yang dia belajar sewaktu berada di bangku sekolah.

“Bagi saya, benda yang As’ad belajar dan benda yang As’ad buat sekarang tiada kaitan sangat dengan sekolah.
“Seperti dari segi mempelajari Sains sehingga ke tahap ‘advance’, semua benda-benda pelik ini.. dan pada pendapat saya, tak perlu,”katanya.

As'ad Mowtah sekolah

Artikel lain: As’ad Motawh akui dulu budak ‘nakal’, jahil tak solat sebelum pandemik

Sistem pendidikan perlu berubah ikut peredaran zaman

As’ad juga berpendapat sistem persekolahan pada masa kini juga perlu diubah seiring dengan dunia yang serba moden, bukannya masih berada di takuk lama.

“Sistem persekolahan boleh diubah. Kerana kita hidup di dalam dunia moden di mana segalanya sentiasa berubah, tetapi sistem persekolah pula sentiasa sama sejak dari dulu.
“Dan kita semak balik, siapa yang tokoh yang pernah berkata, Rockefeller, dia cakap yang: ‘Sekolah ini dicipta kerana dia mahu menghasilkan generasi pekerja.
“Anda tahu kan, ia bergantung kepada apa yang anda mahu buat di dalam hidup anda, dan saya faham, tak semua orang akan berjaya” katanya yang merasakan sekolah seharusnya lebih fleksibel mengikut zaman.

Meskipun dirinya tidak berminat dengan sekolah, namun As’ad mengingatkan buat remaja di luar sana agar tidak mengikut jejak langkahnya .

As’ad berkata, dirinya membuat keputusan untuk berhenti ke sekolah kerana mahu membina sesuatu dalam hidupnya, lebih-lebih lagi pada ketika itu dia mempunyai 300,000 pengikut Instagram dan bergelar penyanyi.

“Sebab tu, pilihlah sama ada nak meneruskan belajar sepenuh masa atau belajar separuh masa, di rumah buat homeschool, sambil membina karier saya. Jadi saya sudah ada pilihan,”katanya lagi.

Jelasnya lagi, tidak semua orang boleh melakukan perkara yang sama seperti dirinya kerana ia bergantung kepada individu itu sendiri.

Video penuh:

Sumber: TikTok @youusaff, YouTube YouCast

The post “Sekolah hanya membazir masa..”- As’ad Motawh jujur, tak perlu belajar sains ke tahap ‘advance’ appeared first on Oh My Media.

from Oh My Media https://ift.tt/T60v5wp
sumber : ohmymedia.cc

No comments