Header Ads

“Akhirnya kita bertemu…”- Setelah 12 tahun diharamkan, filem Dukun bakal menemui anda Khamis ini

Diadaptasi dari sebuah kisah sebenar mengenai kes pembunuhan seorang ahli politik, Datuk Mazlan Idris dengan seorang wanita bernama Mona Fendy yang didakwa merupakan seorang pengamal ilmu hitam.
Meskipun filem ini mendapat tentangan hebat sesetengah masyarakat dek kerana mempunyai unsur- unsur syirik dan keterlaluan, namun, ia akan ditayangkan juga pada 5 April ini di Astro Shaw.
Lembaga Penapisan Filem Negara (LPF) telah mengharamkan filem tersebut kerana jalan ceritanya yang penuh dengan kontraversi serta menyinggung perasaan keluarga yang terlibat.
Namun, filem ini telah diolah sedikit agar tidak mempunyai persamaan 100 peratus dari kisah Mona Fendy.
Filem Dukun telah menjalankan penggambaran pada 2006, turut dibintangi Faizal Hussein, Namron, Hasnol Rahmat, Bront Palarea dan Deana Yusof.
Filem ini juga mengisahkan seorang pengamal ilmu hitam iaiatu Diana Dahlan, lakonan Umie Aida, telah dituduh membunuh seorang ahli perniagaan Datuk Jefri.
Hujung Januari lalu filem tersebut telah dilaporkan ‘bocor’ dan tular di internet. Hampir keseluruhan cerita selama 1 jam 35 minit didakwa boleh ditonton.
Oleh kerana itu, LPF telah menubuh satu jawatankuasa agar bertindak dengan kerjasama beberapa agensi kerajaan untuk membanteras kegiatan cetak rompak. Walau bagaimanapun, Astro Shaw akan membuat kenyataan rasmi mengenai filem itu dibenarkan semula di pawagam.
Beberapa rakan artis turut memberikan sokongan terhadap filem arahan Dain Said dan memuat naik poster/trailer filem itu.
sumber : ohmymedia.cc

No comments