Header Ads

Anak jati KL muncul dalam siri popular Gotham, netizen minta Raja Ilya jual muruku

Bukan mudah ingin melihat seorang pelakon memiliki pakej lengkap jika mahu melebarkan sayap dalam industri hiburan. Bukan sekadar paras rupa, malah bakat juga penting dalam melakonkan watak drama mahupun filem yang diberikan oleh pengarah.
Terbaru, seorang anak jati Kuala Lumpur telah membanggakan industri seni tanah air apabila membuat kemunculan pertama di saluran Fox menerusi drama bersiri popular, Gotham.
Shiva Shobitha Kalaiselvan yang berpangkalan di Manhattan, New York itu berkongsi keterujaannya memegang watak Lelia yang juga karakter dalam DC Comics di bawah francais Batman menerusi laman Instagram miliknya.
Rata-rata netizen tidak melepaskan peluang untuk mengucapkan tahniah dan selamat maju jaya buat pelakon yang berusia 34 tahun itu atas kejayaan tersebut.
Namun tidak kurang ada juga yang mengaitkan kejayaan tersebut dengan pelakon, Raja Ilya yang sebelum ini mendedahkan terpaksa menolak tawaran untuk berlakon dalam sebuah filem Marvel.
Menurut seorang pengguna Twitter, sekiranya dia menjadi Raja Ilya, sudah tentu dia akan mengambil keputusan untuk bersara daripada menjadi seorang artis dan menjual muku sebagai pendapatan sampingan.
sumber : ohmymedia.cc

No comments