Header Ads

Aliff Syukri seronok jual durian, dapat RM50,000 dalam tempoh 5 jam

Usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman meluahkan rasa syukur dan tidak menyangka bermula dengan menjual buah durian di tapak car boot sales mampu menjana pendapatan lumayan.

Memetik laporan mStar, usahawan berusia 36 tahun itu pada mulanya sering memberikan durian secara percuma sahaja. Namun, lambakan buah tersebut membuatkan dirinya terfikir untuk menjual pula di lokasi pejabatnya, Kota Damansara, Selangor.

“Saya jual di tapak car boot sales, buka meja dan meniaga dan tidak sangka dalam 30 minit jualan saya cecah RM3,000. Lima jam dapat RM50,000.
“Saya terkejut. Ya Allah, banyaknya. Padahal saya dah sedekah, yang jual itu hanyalah durian yang saya tidak tahu nak bagi siapa lagi.
“Selepas ini saya terfikir nak jual secara serius pula,”ujarnya.

Durian ingatkan memori bersama arwah bapa

Dalam pada itu, Aliff mendedahkan tujuannya menanam durian adalah disebabkan arwah bapanya, Kamarzaman bin Kamarudin pada waktu itu kerana tidak mampu untuk membeli sebiji durian.

“Semalam abah nak makan durian.. dah lewat tapi saya kena bahagian abah sama macam abah buat kat saya dulu..
“Saya belikan durian buat abah, tengok abah gembira dan berselera makan. Itulah saat bahagia saya, bukan wang ringgit yang abah minta. Cuma masa terhad saya bersama abah cukup bahagia,”kongsinya semula mengenai hantaran dimuat naik pada 2017.

Hantaran yang sama, Aliff meluahkan rasa terkilan dan sedih kerana arwah bapanya tidak dapat menikmati hasil kebun yang diusahakanya sendiri.

“Kalau arwah abah ada dan tahu Kri (Aliff Syukri) dah ada ladang durian, mesti abah happy. Malah, Kri jadi tauke durian sekarang. Rindu abah yang amat sangat. Al-fatihah untuk arwah abah saya,”tulisnya.

Sumber: mStar (Amin Hazlan), Instagram @aliffsyukriterlajaklaris

The post Aliff Syukri seronok jual durian, dapat RM50,000 dalam tempoh 5 jam appeared first on OH MY MEDIA.

from OH MY MEDIA https://ift.tt/guWmCFo
sumber : ohmymedia.cc

No comments