“Awak adalah dunia dan akhirat saya”-Janna Nick kini isteri Dini Schatzmann
Pelakon dan penyanyi, Janna Nick atau nama sebenarnya Nurul Jannah binti Muner,28, sah bergelar isteri kepada pelakon Dini Schatzmann dengan sekali lafaz pada tepat jam 8.35 pagi tadi.
Dini dan Janna dinikahkan oleh bapa Janna sendiri, Muner bin Abdullah bersaksikan Pengerusi Masjid Aisyah, Haji Othman bin Yahya serta sepupu pengantin perempuan, Amir Fikri dan Amar Fikri.
Pasangan merpati dua sejoli itu dinikahkan di Masjid Aisyah dan Dini atau nama sebenarnya Muhamad Dini bin Azan Schatzmann,29, turut menyerahkan mas kahwin RM2,703 kepada Janna dan seutas rantai emas.
Difahamkan, jumlah mas kahwin tersebut adalah simbolik tarikh perkenalan mereka pada 27 Mac 2019 dan majlis mereka dihadiri oleh ahli keluarga, rakan selebriti dan sahabat karib.
Pasangan tersebut seterusnya akan diraikan dalam sebuah majlis resepsi yang berlangsung di sebuah resort terkemuka di Langkawi.
Dalam pada itu, Janna yang juga pelatun lagu Gatal dan Dini memanjatkan kesyukuran kerana majlis mereka untuk memulakan perjalanan kehidupan baharu sebagai pasangan suami isteri dipermudahkan.
“Alhamdulillah, rasa terpaling bahagia, maksimum. Rasa lega juga, majlis pernikahan sudah selesai dan berjalan lancar. Maka bermulalah perjalanan baharu kami sebagai suami isteri.
“Kami memang merancang perkahwinan ini bersifat peribadi dan privasi. Lebih bermakna untuk keluarga kami.This is a once in a lifetime moment in our life. Kami mahu jadikan majlis ini sesuatu yang indah sebagai memori kamu berdua,”ujar Dini.
Sementara itu, Janna turut berkongsi perasaan gementar dan risaunya untuk melangkah masuk ke alam perkahwinan.
“Ini adalah satu fasa dan langkah terbesar sepanjang 28 tahun usia saya. Mengubah status daripada single ke isteri dan insyaAllah, seorang ibu.
“Saya juga mahukan satu majlis yang lebih dekat dengan saya sebagai Nurul Jannah. Meraikan fasa baharu saya bersama keluarga tercinta dan rakan-rakan,”ujarnya.
Meninjau di media sosial pula, Janna menitipkan ucapan ringkas tapi penuh romantis buat suaminya dengan mengatakan jejaka kelahiran Switzerland itu adalah dunia dan akhiratnya.
“Alhamdulillah.. Awak adalah dunia dan akhirat saya..”tulisnya ringkas.
Pasangan itu memilih Koh Lipe, Thailand sebagai lokasi berbulan madu memandangkan tidak sempat untuk merancang ke destinasi lebih jauh kerana penggambaran drama sudah bermula.
Disoal mengenai zuriat pula, mereka berdua sedia menerima sekiranya dikurniakan rezeki cahaya mata. Namun, segalanya terserah kepada Allah.
Sumber: Instagram @jannanick, Utusan Malaysia (Alif Fadli bin Mohd Sori)
The post “Awak adalah dunia dan akhirat saya”-Janna Nick kini isteri Dini Schatzmann appeared first on OH MY MEDIA.
from OH MY MEDIA https://ift.tt/LgXWlBs
sumber : ohmymedia.cc

Post a Comment