Header Ads

“Dia nak jadi macam Aliff Syukri ke? Tak henti buat kontroversi” – Azhar Sulaiman

Pelakon veteran, Azhar Sulaiman meluahkan rasa bimbang apabila mengenangkan kontroversi yang melibatkan anak perempuannya, Kasih Iris Leona yang tampil dengan penampilan seksi sehingga mencetuskan kecaman serta kritikan ramai.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh aktor yang berusia 52 tahun itu di laman Facebooknya, dia menegaskan setiap manusia pasti akan melakukan kesilapan namun, berbeza dengan sikap anaknya sejak kebelakangan ini.

“Ada orang, ada hari bodoh dia, tetapi saya bimbang dengan anak perempuan saya Leona yang jenis bodoh setiap hari,” ujarnya.

Bukan itu sahaja, Azhar turut mempersoalkan adakah anak gadisnya itu mahu menjadi seperti usahawan Aliff Syukri yang tidak pernah henti melakukan kontroversi di media sosial.

Bagaimanapun, luahan hati seorang ayah itu hanya dimaklumkan kepada pengikutnya di Facebook sahaja.

Sebelum ini, Azhar pernah menitip beberapa nasihat buat Leona supaya lebih bijak berkongsi apa-apa jenis kandungan memandnagkan pengikut alam mayanya majoriti beragama Islam.

Bukan itu sahaja, dia turut mendedahkan gaya hidupnya sebagai rujukan untuk Leona supaya menjadi lebih berhati-hati kelak. Malah, Azhar sempat berseloroh kepada Leona supaya merahsiakan perkara tersebut daripada ibunya.

Terdahulu, Leona menjadi bualan hangat ramai di media sosial selepas tampil dengan berbikini putih malah, baru-baru ini juga hadir ke majlis universitinya dengan gaya mencolok mata.

Sumber: Facebook @Azhar Sulaiman

The post “Dia nak jadi macam Aliff Syukri ke? Tak henti buat kontroversi” – Azhar Sulaiman appeared first on OH MY MEDIA.

from OH MY MEDIA https://ift.tt/eYJUKs1
sumber : ohmymedia.cc

No comments