Header Ads

Pek ‘ONEXOX VMR3 MySISWA’ tawar pelan internet lebih rendah untuk pelajar IPT

Dalam usaha menampilkan pilihan pelan mudah alih yang lebih menepati permintaan dan keperluan pelajar-pelajar pusat pengajian tinggi, XOX dan ONEXOX dengan kerjasama VMR3 telah melancarkan pek pascabayar khas, “ONEXOX VMR3 MySISWA” bersama Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan VMR Three Sdn Bhd, rakan strategik XOX dan ONEXOX.

Tujuan pelancaran inisiatif tersebut untuk membolehkan aktiviti pembelajaran lebih efektif, serta pembangunan bakat yang lebih tinggi dalam tempoh jangka masa sederhana hingga panjang.

Majlis tersebut telah disempurnakan oleh YB Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Kementerian Pendidikan Tinggi di Majlis Penutup Karnival “Jom Masuk U 2023” di Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Menurut Encik Bobie Farid Shamsudin, Ketua Pegawai Eksekutif Operasi dan Pengaktifan ONEXOX, inisiatif yang diambil XOX dan ONEXOX ini adalah bertujuan untuk menambahbaik perkhidmatan telekomunikasi sedia ada di dalam negara ini, khususnya buat para pelajar institusi pengajian tinggi serta menawarkan pelbagai kelebihan kepada mereka dengan kadar yang lebih kompetitif.

“Menerusi kajian dan maklum balas yang kami terima sebelum ini, kami dapati sistem pembelajaran di peringkat pengajian tinggi pada masa ini menuntut keperluan yang berbeza berbanding dahulu dari segi penggunaan internet dan data.
“Selari dengan amalan industri terkini dan keperluan pasaran kerja sedia ada, pelbagai aktiviti pembelajaran memerlukan para pelajar menggunakan internet dan data yang lebih besar untuk mencapai keputusan serta tahap piawaian yang ditetapkan oleh pihak institusi pengajian mereka.
“Oleh itu, XOX dan ONEXOX memutuskan untuk mengeluarkan pek istimewa ‘ONEXOX VMR3 MySISWA’ dalam usaha untuk membantu para pelajar mencapai objektif pengajian mereka pada tahap tertinggi, di samping meningkatkan pembangunan bakat dan kreativiti dalam diri mereka, terutamanya melalui aktiviti yang memerlukan penggunaan internet dan data tinggi seperti ‘gaming’ dan lain-lain,” ujarnya.

Jelasnya lagi, inisiatif tersebut sebagai tanda sokongan kepada KPT dalam usaha mereka untuk meningkatkan daya saing ekosistem pendidikan tinggi negara ke arah yang lebih dinamik menerusi perkhidmatan telekomunikasi yang lebih menyeluruh.

Difahamkan, VMR3 merupakan rakan strategik XOX dan ONEXOX dalam memastikan inisiatif pek khas ini dapat dijalankan dengan baik dan lancar untuk para pelajar.

Pek ‘ONEXOX VMR3 MySISWA’ yang pertama kali dilancarkan oleh ONEXOX untuk pelajar-pelajar pusat pengajian tinggi ini menawarkan harga serendah RM35 dengan 60GB data termasuk ciri-ciri seperti tanpa kontrak, tiada pembaziran data dan minit panggilan tanpa had.

Pelajar-pelajar hanya perlu mengemukakan kad pengenalan dan kad pelajar (Student ID) mereka ketika pendaftaran. Untuk maklumat lanjut tentang pek ini, para pelajar boleh menghubungi pengedar-pengedar ONEXOX yang terdekat serta mengikuti platform media sosial XOX dan ONEXOX untuk perkembangan terkini.

The post Pek ‘ONEXOX VMR3 MySISWA’ tawar pelan internet lebih rendah untuk pelajar IPT appeared first on OH MY MEDIA.

from OH MY MEDIA https://ift.tt/3kHcZCK
sumber : ohmymedia.cc

No comments