Header Ads

Impian tercapai Aaron Aziz dan isteri syukur akhirnya dapat tunai haji

Pelakon berbakat besar, Datuk Aaron Aziz meluahkan rasa syukur kerana dirinya dan isteri, Diyana Halik akhirnya dapat menunaikan ibadah haji selepas lima kali mengerjakan umrah bersama.

Khabar baik itu dikongsikan menerusi aplikasi Instagram miliknya sebentar tadi yang diiringi bersama anak-anak sebelum berlepas ke tanah suci.

Pemilik nama Aaron Mustapha Aziz turut memohon maaf kepada semua orang sekiranya terdapat silap tutur kata atau perilaku yang kurang menyenangkan sehingga menyinggung perasaan.

Aaron juga meminta agar orang ramai mendoakan dirinya dan isteri termasuk para jemaah lain dipermudahkan urusan selain mendapat haji yang diberkati.

“Kami juga ingin mohon ampun maaf kalau ada tersilap kata, terkasar bahasa atau menyinggung perasaan sesiapa. Halalkan makan minum dan doakan semoga para jemaah semua dianugerahkan Haji yang mabrur.
“Haji kepada-Mu kami sembah Ya Allah, hanya kepada-Mu kami mohon pertolongan. Ameen Ya Rabbala’lamin,”tulisnya.

Dalam pada itu, pelakon kelahiran Singapura itu mengucapkan terima kasih kepada pihak bertanggungjawab yang bertungkus-lumus memastikan visa para jemaah diluluskan.

Sebelum ini, Aaron ada meluahkan impian dan hasrat untuk menunaikan rukun Islam kelima itu bersama isteri selepas lima kali mengerjakan umrah.

Malah, dia juga pernah menyatakan hasrat untuk menunaikan ibadah haji pada tahun lepas, namun tidak kesampaian.

Sumber: Instagram @aarondwiaziz, Harian Metro (Najiy Jefri)

The post Impian tercapai, Aaron Aziz dan isteri syukur akhirnya dapat tunai haji appeared first on OH MY MEDIA.

from OH MY MEDIA https://ift.tt/FOJYWoZ
sumber : ohmymedia.cc

No comments