Header Ads

Pakai kopiah lelaki kantoi sedap selak kain kencing dekat kereta orang

Baru-baru ini, tular video memaparkan seorang lelaki yang dilihat memakai kopiah sedang melakukan aksi tidak bermoral di belakang sebuah kereta, namun ia berjaya dirakam oleh kamera litar tertutup (CCTV).

Menerusi video dimuat naik oleh pengguna Twitter @amer7211, jelas memaparkan lelaki berkenaan yang dilihat memakai baju Melayu berwarna maroon berkopiah berjalan seorang diri berhampiran kawasan komersial.

Namun, apa yang menarik perhatian adalah lelaki berkenaan menghampiri sebuah kereta Perodua Axia dan pergi ke belakang sebelum menyelak kain pelekat dan kencing berdiri.

Apa yang lebih jelas lagi adalah lelaki berkenaan sempat meletakkan kopiah dipakainya di atas kereta sebelum menyasarkan ‘pacutan’ air kencing ke but kereta berkenaan lalu mengalir turun ke jalan tar.

Sebaik sahaja selesai ‘melepaskan hajat’, lelaki berkenaan berlalu pergi seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku sebelum ini.

Pakai kopiah tapi tiada adab

Seperti dijangka, hantaran tersebut mendapat pelbagai reaksi dan kecaman di kalangan warganet.

Rata-rata di kalangan mereka meluahkan rasa kecewa dan berang dengan lelaki berkenaan yang dilihat jelas memburukkan imej serta tidak mempunyai adab yang tidak seiring dengan penampilan.

Kenapa kencing belakang kereta orang?

Malah, mereka turut menyoal alasan yang menyebabkan lelaki berkenaan tergamak untuk kencing di tempat awam terutama di belakang kenderaan orang lain.

Kencing cuci pakai niat?

Kalau terdesak juga, pergilah kencing dalam semak

Selalunya yang kencing dekat kereta ni…

Sumber: Twitter @amer7211

The post Pakai kopiah, lelaki kantoi ‘sedap’ selak kain kencing dekat kereta orang appeared first on OH MY MEDIA.

from OH MY MEDIA https://ift.tt/Elcuowd
sumber : ohmymedia.cc

No comments