Header Ads

“Tak perlu was-was lagi..” -Resort World Cruise dinobat kapal persiaran mesra Muslim

Bercuti di kapal persiaran sememangnya tidak asing lagi dalam kalangan masyarakat Malaysia, dengan gaya percutian yang mewah pastinya menjanjikan pengalaman indah buat pelancong.

Namun apa yang menjadi kegusaran pelancong Muslim adalah apabila mereka khuatir tentang makanan dan aktiviti di atas kapal yang tidak mesra Muslim.

Kapal persiaran mesra Muslim sepanjang tahun!

Pelancong tak perlu risau lagi kerana, satu-satunya kapal persiaran Asia Resort World Cruises telah dianugerahkan sebagai Kapal Persiaran Mesra Halal Sepanjang Tahun oleh Halal  in Travel Award 2023 yang diadakan di Singapura.

Beroperasi sejak Jun 2022, Genting Dream telah menyediakan pengalaman pelayaran mesra Muslim yang memulakan perjalanan di dua pelabuhan di Singapura dan Kuala Lumpur (Pelabuhan Klang). Inisiatif berterusan ini juga menyediakan pelbagai lagi tawaran yang memenuhi keperluan penduduk Asia yang pelbagai.

Permintaan tinggi daripada pelanggan Muslim

Menurut Presiden Resort World Cruises, Encik Michaele Goh, pihaknya juga telah menerima banyak permintaan dan maklum balas daripada pelancong Muslim.

“Maklum balas dan permintaan dalam kalangan masyarakat Muslim amat menggalakkan. Bukan sahaja penyediaan makanan yang diperakui Halal, malah turut menyediakan kemudahan surau, menu berbuka dan sahur sempena Ramadan, pusat perubatan 24 jam dan juga perkhidmatan spa mengikut jantina,” katanya.

Korang kira dah lega lah kan sebab dah tahu cruise ni mesra Muslim? Jadi jom kita tengok pakej yang ditawarkan oleh Genting Dream!

Boleh mulakan pelayaran dari Singapura!

Pengunjung boleh memilih sama ada memulakan perjalanan Genting Dream dari Singapura dan nikmati beberapa siri jadual perjalanan, termasuk 2 malam di Kuala Lumpur dan 2 malam High Seas Weekend Pelayaran Gateway serta 3 malam untuk ke Pelayaran Phuket atau Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.

Nak naik dari Pelabuhan Klang pun boleh!

Korang boleh je naik dari Pelabuhan Klang yang akan bermula 13 Julai 2023 ini yang merangkumi perjalanan 4 malam menerusi pakej Singapore Discovery Cruise, serta 3 malam Phuket- Singapore Cruise dan 3 malam Pulaua Pinang-Singapore Cruise.

Kali ni, pelayaran korang bersama Genting Dream bukan sahaja boleh menikmati kemudahan tawaran mesra Muslim je, tapi korang juga boleh tenangkan fikiran juga.

Restoran The Lido, Mesra Muslim

Kalau korang nak tahu, salah satu restoran yang popular kat atas kapal ni, iaitu The Lido memang khusus untuk korang yang mencari makanan Halal.

Selain itu, restoran ini juga menyediakan sajian masakan asli Asia dan Antarabangsa yang menawarkan hidangan bufet yang segar.

Untuk maklumat lanjut tentang pelayaran ini, korang boleh layari www.rwcruises.com atau e-mel reservations.en@rwcruises.com

The post “Tak perlu was-was lagi..” -Resort World Cruise dinobat kapal persiaran mesra Muslim appeared first on OH MY MEDIA.

from OH MY MEDIA https://ift.tt/mE26q4O
sumber : ohmymedia.cc

No comments