Punggung tercucuk besi pagar, budak lelaki terpaksa tanggung sakit 20 minit
Baru-baru ini, tular sebuah video memaparkan seorang kanak-kanak lelaki terpaksa menanggung kesakitan apabila punggungnya tercucuk pada besi pagar.
Menerusi hantaran dikongsikan pengguna TikTok dikenali @azimkeciwaa, kelihatan seorang kanak-kanak lelaki tersangkut pada besi pagar rumahnya sedang menahan sakit sambil dibantu oleh anggota bomba bertugas.
@azimkeciwaa
Perkongsian itu menyebabkan ramai warganet meluahkan rasa simpati dan tertanya akan punca berlakunya kejadian selain turut merasai kesakitan yang terpaksa ditanggung oleh kanak-kanak tersebut.
Memetik laporan Harian Metro, kanak-kanak berusia 12 tahun tersebut menangung kesakitan selama 20 minit selepas punggungnya tercucuk besi pagar di Taman Seri, semalam.
Difahamkan, kanak-kanak tersebut sering menjadikan pagar sebagai tempat bermain sebelum ini.
“Berdasarkan laporan awal, kanak-kanak lelaki itu dipercayai tercucuk besi pagar sedalam kira-kira 0.15 meter (enam inci).
“Kejadian dipercayai jiran kerana ibu mangsa tiada di rumah,”katanya.
Dalam pada itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Wan Md Razali Wan Ismail berkata pihaknya menerima panggilan pada jam 6.25 petang.
Sejurus itu, sepasukan 10 anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Besar terus dikejarkan ke lokasi kejadian.
Kanak-kanak berkenaan kemudiannya dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Jemaah (HTAJ) Sabak Bernam untuk mendapatkan rawatan selanjutnya.
Sumber: TikTok @azimkeciwaa, Harian Metro (Amirul Aiman Hamsuddin)
The post Punggung tercucuk besi pagar, budak lelaki terpaksa tanggung sakit 20 minit appeared first on OH MY MEDIA.
from OH MY MEDIA https://ift.tt/gxP2XQW
sumber : ohmymedia.cc

Post a Comment